berita

[VIDEO] Siap Riba Dalam Kereta, Netizen Terharu Hubungan Ardell Aryana & Mentua Akrab

October 15th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Pasangan selebriti Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana diketahui sudah selamat mendirikan rumah tangga pada 1 September lalu. Kisah perkahwinan mereka telah mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya gembira melihat hubungan yang lahir atas dasar persahabatan itu diakhiri dengan sebuah perkahwinan.

Baru-baru ini kebahagiaan pasangan itu terserlah apabila Ardell dilihat mempunyai hubungan yang sangat istimewa bersama ibu mentuanya sehingga mendapat perhatian netizen.

Siap diriba mak Nadzmi

Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik Nadzmi di laman Instagramnya baru-baru ini, Ardell dilihat begitu mesra menyanyi bersama ibu mentuanya di dalam sebuah kereta.

Namun apa yang lebih sweet, keakraban dua insan tersebut lebih terserlah apabila pelakon cantik itu siap berkongsi tempat dan kelihatan duduk di atas riba ibu mentuanya di dalam kereta mereka baru-baru ini.

Netizen beri respon positif

Perkongsian Nadzmi itu ternyata menerima maklum balas positif daripada pengikut-pengikut di laman Instagramnya.

Bukan itu sahaja, mereka turut terharu melihat keakraban Ardell dan mentuanya sambil sempat mendoakan kebahagian yang berpanjangan buat pasangan itu.

Sumber: Instagram Nadzmi Adhwa

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×