Pelakon Bella Hanna tampil menjelaskan berhubung kenyataannya sebelum ini yang memaklumkan dirinya tidak kisah sekiranya suami, Redza Rosli melakonkan babak berpegangan tangan dengan wanita lain.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bella Hanna Tak Kisah Redza Rosli Bawa Babak Pegang Tangan Pelakon Wanita – ‘Kahwin Dengan Pelakon, Kita Kena Faham & Jadi Profesional’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] POV Redza Rosli Pertama Kali ‘Photoshoot’ Dengan Isteri – ‘Not Bad Kan Sayang’
‘Saya percaya suami saya pun tahu hukum agama’
Ketika ditemui OhBulan!, Bella atau nama lengkapnya Farhana Nabila Rosman, 28, mengakui bahawa kenyataannya itu mungkin telah disalah anggap oleh orang ramai.
Menurut Bella, dia bukanlah mengiyakan perkara yang haram di sisi agama tetapi dia bercakap atas dasar memahami tugas sebagai seorang pelakon.
Bagi saya mungkin mereka salah faham dengan konteks yang saya sampaikan. Saya cuma memahami kerja suami saya, dan sudah pasti lah dari segi agama kami faham.
Saya percaya suami saya pun tahu hukum agama. Bukanlah kata saya tak kisah dia boleh sesuka hati pegang tangan pelakon wanita lain, tapi mestilah kena berlapik dan sebagainya.
Bella berkata demikian ketika ditemui di majlis bersama barisan pelakon Luruhnya Bunga Cinta 2 yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
‘Siapa saya nak menghalang suami saya’
Tambah Bella lagi, dia juga tidak mahu menjadi penghalang dalam karier suaminya itu sebaliknya ingin menjadi seorang isteri yang memahami kerja suami.
Ujar Bella, Redza juga sudah lama menapak dalam dunia lakonan, jadi dia percaya suaminya itu faham dan mengetahui apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak.
Saya tak nak menjadi penghalang dan dia juga tak pernah cakap saya penghalang. Saya cuma jadi insan yang faham dengan kerja suami saya.
Dia pun bukan baru berlakon, dia dalam lama jadi pelakon. Siapa saya nak menghalang suami saya untuk tidak berpegang dengan pelakon wanita lain.
Dalam pada itu, Bella juga menyifatkan suaminya itu seorang pelakon yang menjaga batas dengan barisan aktres wanita yang lain
Redza menjaga batas dan masa kami buat penggambaran drama Luruhnya Bunga Cinta 2 ini pun dia sangat menjaga batas. Setakat ini, yang saya berlakon di set semua menjaga batas. Tidak ada yang melebih atau nak pegang.