Tragedi tembakan di beberapa buah masjid di Christchurch, Jumaat lalu telah menyebabkan kira-kira 50 orang mangsa terkorban. Sebagai memberi penghormatan terakhir, seluruh rakyat New Zealand termasuk Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Kate Laurell Ardern telah mengadakan solidarity dan rata-rata wanita di sana juga mengenakan hijab di kepala.
Kami sertakan beberapa video siaran langsung laungan azan solat Jumaat di Hagley Park, Christchurch dan foto #HeadscarfForHarmony.
Laungan azan di Christchurch
https://www.facebook.com/muhammat.mdnoh/videos/pcb.2093983277384990/2093972347386083/?type=3&theater
Hampir seminggu tragedi tembakan di Christchurch, Perdana Menteri Jacinda Ardern mengumumkan bahawa azan Solat Jumaat akan berkumandang dan bersiaran langsung di stesen radio dan televisyen serta 2 minit tafakur sebagai tanda solidariti kepada mangsa-mangsa yang terkorban. Azan berkumandang 1.30pm dan kira-kira 8.30 pagi waktu Malaysia.
Lagu ‘Wa Ya Taa’ beri semangat
https://www.facebook.com/muhammat.mdnoh/videos/pcb.2093983277384990/2093979157385402/?type=3&theater
Manakala penganut agama Kristian turut menyanyikan lagu ‘Wa Ya Taa‘ di mana mereka mempercayai bahawa lagu ini memberi makna dan semangat terhadap seseorang. Jika anda dapat saksikan dibelakang pengacara ini terdapat ramai rakyat New Zealand hadir dengan memakai hijab menutupi kepala mereka sebagai tanda hormat.
Melakukan Hakka tanda sokongan
https://www.facebook.com/muhammat.mdnoh/videos/pcb.2093983277384990/2093979910718660/?type=3&theater
Menerusi liputan dari Kaitlin Ruddock pula melaporkan rakyat New Zealand berpegangan tangan bersama dalam memberi semangat kepada umat Islam di sana. Manakala kaum lelaki New Zealand pula melakukan Hakka seiring tradisi sekali gus menunjukkan semangat positif buat semua rakyat.
‘We are one‘
https://www.facebook.com/muhammat.mdnoh/videos/pcb.2093983277384990/2093980550718596/?type=3&theater
Acara pagi tadi juga dihadiri Perdana Menteri New Zealand dan sempat meninggalkan ucapan ringkas buat semua rakyat New Zealand. Kelihatan juga Jacinda Ardern mengenakan sehelai selendang di atas kepala menghormati acara pagi tadi.
According to Muslim faith, The Prophet Muhammad SAW said the believers in mutual kindness, compassion and sympathy are just like one body when any part of the body suffers the whole body feels pain. New Zealand mourns with you. We are one.
Jacinda Ardern meluahkan rasa simpati atas insiden yang telah berlaku. Kesakitan dan kesengsaraan mereka turut merasai bersama. Tambahnya, dia menyeru rakyat New Zealand untuk bersatu walau dalam apa juga pun keadaan.
#HeadscarfForHarmony tanda hormat
Sementara itu, hari ini juga menyaksikan rata-rata rakyat New Zealand terutamanya wanita mengenakan hijab di kepala mereka. Hari ini juga telah diisytiharkan sebagai #HeadscarfForHarmony seperti mana diumumkan Perdana Menteri New Zealand, tempoh hari.