Pempengaruh dan usahawan sensasi yang dikenali sebagai Siti Jamumall didakwa sudah pun mendirikan rumah tangga di Satun, Thailand, pada awal bulan ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Saya Gatal, Saya Dulu Yang Kahwin’ – Siti Jamumall Nafi Cerai Kerana Teman Lelaki
Nikah di Thailand?
@sitijamumallalhamdulillah??? original sound – Qila?
Desas desus tersebut seakaan terjawab apabila pemilik nama Siti Suriani Wahiddin ini sendiri berkongsi satu video pendek dirinya selamat dinikahkan dengan seorang usahawan yang juga merupakan pempengaruh TikTok, Aiman Tak Kesah.
Walau bagaimanapun, ibu kepada dua cahaya mata ini memilih untuk menutup mulut dan belum bersedia untuk berkongsi secara lanjut mengenai pernikahannya itu.
Terima kasih atas doa semua. Insya-Allah, saya akan berkongsi lebih lanjut dalam masa terdekat.
Doakan perjalanan saya ini dipermudahkan.
Terdahulu, Siti dijadualkan bakal bernikah dengan seorang lelaki yang baru dikenalinya pada 31 Mei lalu namun terpaksa dibatalkan saat akhir atas faktor peribadi.
Difahamkan, segala persiapan juga sudah dibuat termasuklah memberikan kad jemputan kepada semua tetamu.
Sumber: TikTok Siti Jamumall