Usahawan Siti Jamumall menafikan dakwaan bahawa dia telah membuang adiknya iaitu personaliti media sosial, Uciluna dari keluarga.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Uciluna Dah Keluar Dari Keluarga, Buang Saya Dengan Abang..Tak Tahu Apa Yang Dia Benci Sangat’ – Siti Jamumall
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ibu Sahkan Siti Jamumall & Aiman Tak Kesah Sudah Nikah – ‘Itu Betul, Bukan Drama’
Pernah ditampar
@cikpuanshikin35 PART 2 : SEDIHNYA MEREKAA ADIKK BERADIK???TAK MAU JAGA ABGGG YG SAKIT OKU #viral #uciluna #fyp??viral #aimantakkesah #sitijamumall
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Siti Jamumall atau nama lengkapnya Siti Suriani Wahiddin dilihat tidak mampu menahan sebak ketika berkongsi tentang konflik keluarganya.
Menurut Siti, dia sama sekali tidak pernah menyingkirkan adik lelakinya itu namun mengakui pernah menamparnya atas sebab tertentu. Bagaimanapun, Siti tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut berkenaan hal tersebut.
Nak saya jawab ke? Nanti kata saya buka aib pula.
Saya tak buang dia tapi saya ada marah dia. Saya ada tampar dia dan ada sebab kenapa saya tampar dia. Zaman nakal.
Bila dah besar, ada haluan masing-masing..tak nak berbaik. Mak panggil ajak jumpa pun tak nak, menolak. Saya okay sahaja.
Nasihat saya satu je, kau buat majlis jangan puak-puakkan, kau jemput je semua orang. Mereka nak datang atau tidak, itu belakang kira.
Usahawan berusia 25 tahun tersebut turut menitiskan air mata ketika bercerita abangnya iaitu Mohd Khairul Nizam Wahiddin.
Tak apa saya tak kisah nampak hina dekat mana orang.
Abang saya ini yang paling saya sayang. Saya takkan tinggalkan dia. Saya pernah bayangkan kalau abang saya tak ada, macam manalah saya. Mesti menangis.
Terdahulu, Siti mendedahkan hubungan dia dan adiknya sedang bermasalah dan mula renggang sejak Uciluna berusia 18 tahun.
Perkongsian tersebut turut mendapat respon Uciluna yang menjelaskan bahawa tidak semua perkara perlu diceritakan kepada umum kerana ianya akan membuatkan isu tersebut menjadi lebih besar.
Sumber: TikTok