![[VIDEO] Siti Jamumall Perjelas Hukum Selepas Netizen Pertikai Cerai Ketika Hamil – ‘Talak Tetap Jatuh, Tapi Kena Tahu Tentang Iddah’](https://media.ohbulan.com/2025/05/siti-jamumall-232.jpg)

Usahawan dan pempengaruh, Siti Jamumall tampil menjelaskan tentang hukum bercerai ketika hamil.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Selepas Pengesahan Cerai, Saya & Aiman Rujuk Kembali’ – Siti Jamumall
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hamil Lima Bulan, Netizen Risau Siti Jamumall Jalan Kaki 15KM – ‘Bateri Telefon Saya Tinggal 1%’
Penjelasan Siti Jamumlall
@sitijamumall Replying to @aisyah93 i hope semua faham❤️ ni apa yg siti dpt info dari peguam syariah sendiri. Hakim sendiri pun dah beritahu yang tempoh eddah sehingga melahirkan atau keguguran
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Siti menjawab pertanyaan salah seorang warganet tentang lafaz talak ketika hamil.
Saya pun baru sahaja belajar tentang perkara ini. Daripada segi hukum lafaz cerai ketika isteri mengandung atau isteri bersih daripada haid, memang sah.
Talak tetap jatuh namun kena ambil tahu tentang iddah.
Iddah berbeza

Menurut Siti atau nama lengkapnya Siti Suriani Wahiddin, tiada masalah untuk pasangan suami isteri bercerai ketika hamil namun ada perbezaan daripada segi iddah.
Kalau keguguran, usia kandungan bawah daripada 80 hari ia dikira segumpal darah. Contohnya, saya sedang hamil dua bulan dan kandungan itu masih belum membentuk janin dan tidak mempunyai roh kemudian gugur. Iddah saya tetap tiga bulan.
Tetapi jika saya keguguran semasa kandungan sudah besar dan janin sudah ada roh, maka iddah saya tamat ketika itu. Sama juga jika melahirkan anak.
Terdahulu, Siti mengakui berlakunya perceraian antara dirinya dan Aiman namun mereka kembali rujuk selepas pengesahan lafaz cerai.
Sekadar info, Siti pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Syafiq pada 2019 namun jodoh mereka tak panjang apabila bercerai tiga tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Putra Adam Rizki, 6, dan Putra Aiman Zafran, 4 tahun.
Siti kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama Aiman di Satun, Thailand pada Jun tahun lalu.
Sumber: TikTok SIti Jamumall






![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)
