Pempengaruh dan usahawan, Siti Jamumall kecewa dengan sikap seorang warganet yang membuat dakwaan bahawa dirinya hamil sebelum berkahwin.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Plan Nak Sorok Dulu Sampai Baby Besar, Tapi Tak Kesampaian’ – Siti Jamumall
Artikel Berkaitan: Siti Jamumall Berang Kes Tertukar Anak Didakwa Hanya Konten – ‘Saya Bersumpah Tak Akan Maafkan Sesiapa Yang Fitnah’
Respons Siti
@sitijamumall Replying to @mummysara?? kalau tk tahu tanya tau sis
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Siti atau nama lengkapnya Siti Suriani Wahiddin, berkongsi komen seorang individu.
Nampak sangat dah mengandung sebelum kahwin. Ya lah, tahu-tahu mengandung lepas tu bersalin.
Tidak berdiam diri, usahawan berusia 25 tahun itu menjelaskan tentang tarikh perkahwinan dan kandungannya yang gugur.
Dia nak cakap kita mengandung anak luar nikah.
Saya bernikah pada 1 Jun dan bersanding pada 1 September lalu. Saya gugur pada 28 September dan kandungan ketika itu berusia kira-kira lapan minggu lima hari.
Dalam pada itu, Siti sempat menasihati individu berkenaan agar tidak melulu menuduh dirinya melakukan dosa besar.
Mulut jagalah, tak baik cakap orang macam tu. Kau ingat apa? Nak menuduh je, kau ni kena hukum.
Beritahu sikit, kalau orang yang memfitnah macam ini, mengata orang buat zina..apa hukumnya.
Terdahulu, Siti pada awalnya mahu merahsiakan berita kehamilan sehingga kandungannya membesar. Namun tidak kesampaian apabila dia mengalami kehamilan molar.
Untuk info, Siti dan Aiman berkahwin di Satun, Thailand pada Jun lalu.
Imbas kembali, Siti pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Syafiq pada 2019 namun jodoh mereka tak panjang apabila bercerai dua tahun lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Putra Adam Rizki, 5, dan Putra Aiman Zafran, 3 tahun.
Sumber: TikTok Siti Jamumall