Penyanyi Siti Nordiana menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya sudah berkahwin.
Artikel Berkaitan: Isu ‘Membawang’ Di Instagram: Siti Nordiana Saman RM2.5 Juta
Artikel Berkaitan: Tiada Permohonan Maaf Selepas 24 Jam, Siti Nordiana Saman 5 Individu
Masih solo
Ketika ditemui OhBulan!, Siti Nordiana atau mesra dengan sapaan Nana berkata dakwaan tersebut adalah tidak benar dan menjelaskan dirinya masih solo.
Saya menafikan perkara itu. Ia tidak betul sama sekali. Saya tidak mendirikan rumah tangga dengan sesiapa. Saya belum kahwin lagi. Masih solo.
Keinginan itu mestilah ada, sebagai manusia biasa. Tapi bukan sekarang atau dalam masa terdekat.
Sekarang tidak mengenali sesiapa pun. Minta semua orang doakan juga saya.
Nana berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media All Stars Gegar Vaganza yang berlangsung di DADI Cinema, pada Selasa.
Sementara itu, disoal apakah kriteria yang dicari pada bakal pasangan hidup, pelantun lagu Terus Mencintai itu menjawab dia mencari lelaki yang boleh memahami dirinya.
Sebenarnya saya mencari seorang lelaki yang boleh memahami dan bertolak ansur dengan saya.
Sebab itu untuk berkahwin lagi ini mengambil masa yang agak lama. Bukan senang nak cari jodoh yang tepat untuk saya.
Yang cuba mendekati saya tidak perasan, mungkin ada yang cuba mendekati.
Untuk rekod, Nana pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Allahyarham Mohd Faizal Yusup pada 2006.
Namun, bahtera rumah tangga dilayari tidak bertahan lama apabila mereka akhirnya berpisah selepas tiga tahun berkongsi hidup.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Rayyan Nakhaie yang kini berusia 15 tahun.