Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, berkongsi tentang pengalamannya ketika menghadapi situasi yang tidak diingini semasa membuat persembahan di atas pentas.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Penulis Lirik Menangis, Terharu TokTi ‘Cover’ Lagu Dawai – ‘Ini Adalah Penghormatan Terbesar’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Peminat Puji Siti Nurhaliza Bawa Doktor Peribadi Bercuti Ke Korea Selatan, Netizen Usik – ‘Helok Juga’
Rambut palsu terjatuh
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, pemilik nama sebenar Siti Nurhaliza Tarudin, mengenang kembali peristiwa ketika mengenakan rambut palsu semasa menjayakan sebuah persembahan.
Benda paling kelakar yang pernah berlaku di atas pentas adalah, dulu saya pernah pakai rambut palsu.
Saya rasa dah ikat elok dan kuat. Tetapi semasa saya nyanyi, sebenarnya saya dah rasa ia longgar dan mungkin akan terjatuh.
Masa saya dongak, terus rambut palsu saya jatuh bawah.
Bagaimanapun, penyanyi berusia 45 tahun ini tetap meneruskan nyanyiannya dan menganggap kejadian itu sebagai salah satu daripada elemen persembahan.
Tapi saya buat macam perkara itu salah satu daripada ‘showmanship’ saya.
Nasib baik juga sanggul saya tu cantik. Jadi saya biar je rambut saya jatuh. Nak buat macam mana itu adalah perkara yang tak boleh dielakkan. Nak jadi pun, jadilah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan kisah yang diceritakan oleh pelantun lagu Bukan Cinta Biasa itu.
Dalam masa yang sama, ada juga yang memuji dan menyifatkannya sebagai seorang penyanyi profesional kerana tetap meneruskan persembahan.
@sitinurhalizafan Kenangan Rambut Palsu DS Siti Nurhaliza Tercabut ?
? original sound – Siti Nurhaliza Fans – Siti Nurhaliza Fans
Sumber: TikTok