berita

Jennifer Thompson Setuju Siti Nurhaliza Diberikan Gelaran Biduanita – ‘Paling Layak, Lenggok Dia Tiada Siapa Boleh Lawan’

April 17th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Jennifer Thompson

Pengarah muzik, Jennifer Thompson bersetuju sekiranya gelaran Biduanita Negara yang seterusnya diberikan kepada penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Nurhaliza Gugur Air Mata, Kongsi Kisah Baju Raya Untuk Anak-Anak Gaz4 – ‘Allah Bagi Peluang Saya & Suami Bantu Mereka’

Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Kongsi Pengalaman Rakam Lagu ‘Air Mata Syawal’ – ‘Tengah Selesema Suara Sengau, Tapi Pak Ngah Kata Kena Dengan Mood’

‘Paling layak’

Jennifer Thompson

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini, Jennifer berkata Siti merupakan individu paling layak untuk menerima gelaran itu.

Namun dia tidak mengetepikan kehebatan penyanyi tanah air yang lain seperti Ziana Zain dan Jaclyn Victor.

Sekarang tengah hangat isu siapa Biduanita seterusnya. Saya rasa semua yang dalam ini (siaran langsung) tahu jawapannya.

Tetapi yang paling layak untuk gelaran tersebut ketika ini adalah Siti Nurhaliza.

Kita ada yang lain juga seperti Ziana Zain, Jaclyn Victor dan ramai lagi yang hebat. Tetapi bila bercakap fasal Biduanita, satu gelaran yang agak berat.

Dalam masa sama, bekas isteri kepada Maestro muzik terkenal Datuk Ramlis MS itu turut memuji keunikan ‘lenggok’ suara yang ada pada pelantun lagu Purnama Merindu itu.

Senjata rahsia Siti Nurhaliza sudah pasti dia punya lenggok. Lenggok dia itu dapat daripada keluarganya ketika membesar.

Mungkin ibunya pandai bergurindam, sebab lenggok Siti tiada siapa yang boleh lawan. Nobody can beat her lenggok.

Terdahulu, Siti Nurhaliza menjadi calon kegemaran dengan menerima undian paling tinggi dalam kaji selidik siapa paling layak diberi gelaran Biduanita Negara ketiga, selepas Allahyarham Puan Sri Saloma dan Allahyarham Datuk Sharifah Aini.

Usul menganugerahkan Siti dengan gelaran Biduanita Negara timbul selepas kejayaan penyanyi berusia 45 tahun itu menjayakan konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada Mac lalu.

Susulan itu, ada ciapan di platform X meminta Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil membantu menunaikan hasrat peminat penyanyi bervokal mantap itu. Lebih mengejutkan ciapan itu mendapat reaksi positif Fahmi.

SKIP THIS AD ×