Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza masih belum terfikir untuk melibatkan anak sulungnya Siti Aafiyah secara serius di dalam dunia seni.
Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Bakal Gegarkan Pentas Hausboom Music Festival 2024
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Nurhaliza Tak Menyesal Hilang Zaman Remaja Demi Kerjaya – ‘Pergi Disko Untuk Have Fun Memang Tak Pernah’
Minat Aafiyah
@ohbulanofficial Datuk Seri Siti Nurhaliza masih belum terfikir untuk melibatkan anak sulungnya Siti Aafiyah secara serius di dalam dunia seni ?? #ohbulan #sembangentertainment #ctdk #sitinurhaliza #sitiaafiyah
Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Siti Nurhaliza Tarudin itu berkata, Aafiyah hanya mengiringi persembahannya dengan bermain keyboard pada konsert solo yang diadakan baru-baru ini.
Saya tidak terfikir untuk bawa Aafiyah serius dalam bidang muzik, cuma untuk konsert di Genting Highland itu sahaja kerana saya bawa lagu Nadi. Lagu tersebut adalah lagu untuk anak saya.
Intro dan muzik, Aafiyah belajar dengan Cikgu Illy yang merupakan pencipta bersama lagu tersebut. Jadi perkara itu menjadi mudah.
Penyanyi berusia 45 tahun itu turut mendedahkan pada awalnya Aafiyah mengalami perasaan gemuruh sebelum membuat persembahan di atas pentas besar.
Walaupun masa rehearsal Aafiyah hampir tak mahu buat persembahan sebab dia gementar, takut dan malu. Tapi Alhamdulillah semasa konsert itu dia okay.
Datuk K ada di depan dan bila bawa Afwa, dia terus okay.
Siti berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Hausboom Music Festival 2024 yang berlangsung di Bangsar South, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Dalam pada itu, pelantun lagu Debaran Cinta tersebut turut berkongsi keterujaan puteri sulungnya selepas konsert selesai.
Dia sangat teruja, budak-budak kan bila dia sudah selesa dan seronok. Aafiyah ada cakap, ‘okay, next concert ibu’.
Tapi saya tak cakap apa-apa pun sebab bukan setiap persembahan saya nak Aafiyah ada, cuma sewaktu konsert di Genting ia sesuai dengan lagu sahaja.
Dalam pada itu, Siti merupakan satu-satunya penyanyi wanita solo di festival tersebut bersama-sama 31 lagi barisan selebriti antaranya, Senario, Dolla, Ruffedge dan Datuk Zainal Abidin.
Untuk info, Hausboom Music Festival pada tahun ini akan diadakan di KL Base yang membariskan artis tempatan dan Indonesia.
Nama-nama yang bakal mewarnai pentas Hausboom Music Festival 2024 adalah lagenda seperti kumpulan Wings, Bunkface, Masdo, Joe Flizzow, ACAB, Yaph, Airliftz, 53 Universe dan ramai lagi barisan artis-artis tersohor.