Baru-baru ini, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza diundang ke Program BizJihad anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam.
Artikel Berkaitan: ‘Pelajar, Petugas Sekolah Afwa Al Afiyah Selamat Tiba Di Selatan Gaz*’ – Siti Nurhaliza
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tangga Pertama Tak Penting Pun, Kerja Berkualiti & Peminat Puas Hati Lebih Gembirakan Saya’ – Siti Nurhaliza
Penyumbang zakat tertinggi
Ketika program tersebut berlangsung, motivator yang mengendalikan program itu mendedahkan penyanyi berusia 44 tahun itu merupakan penyumbang zakat tertinggi dalam kalangan selebriti di Malaysia.
Malah, Siti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Tarudin dikatakan tidak pernah gagal menjelaskan bayaran zakat sejak lima tahun lalu.
Boleh dikatakan dalam kalangan artis atau lebih spesifik, kalangan penyanyi saya boleh katakan Datuk Seri Siti Nurhaliza adalah pembayar tertinggi zakat di Lembaga Zakat Selangor.
Harapnya selepas ini, akan ada lebih ramai rakan artis yang mengikut jejak langkah Datuk Seri Siti.
Dalam tempoh lima tahun tidak pernah gagal membayar zakat, walaupun banyak membuat kerja kebajikan lain seperti menguruskan Yayasan Nur Jiwa dan sebagainya.
Potongan siaran langsung program tersebut kemudian dirakam dan dimuat naik semula oleh seorang pengguna media sosial di platform X sehingga mencuri perhatian ramai wargamaya.
Rata-rata netizen yang singgah ke ruangan balas meluahkan rasa kagum dengan pelantun lagu Cindai itu.
Malah, mereka akui pertama kali mengetahui mengenai hal tersebut dan menyifatkan Siti sebagai seorang yang berhati mulia.
Video
“Siti Nurhaliza pembayar zakat paling tinggi untuk kategori penyanyi” – Lembaga Zakat Selangor
“Tidak pernah miss bayar since 2019 walaupun ada bantuan/ yayasan sendiri” *before this byr dkt pahang* pic.twitter.com/5SVxwstHRh
— lita ???? wooi yik (@CityLita) November 15, 2023
Sumber: X