berita

[VIDEO] Siti Nurhaliza Pukau Penonton Indonesia, Merdu Sungguh!

February 22nd, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Siapa yang tak kenal penyanyi tersohor Malaysia ini, Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Sebut sahaja nama beliau semua terus menyanyi bait-bait lagu dari beliau seperti Cindai, Nirmala, Purnama Merindu, Anta Pernama dan lain lagi. Beliau kini sedang giat mempersembahkan konsert jelajah asia beliau di Indonesia, Singapore dan Malaysia.

Selepas enam tahun, penyanyi ini tampil ke Indonesia sekali lagi bagi pembuka tirai konsert jelajah beliau. Menurut Astro Awani, konsert pembukaan beliau dihadiri kira-kira 3000 peminat beliau yang hadir di Istora Senayan Jakarta bagi menyaksikan persembahan yang memukau penonton.

Indonesia begitu istimewa di hati saya

https://youtu.be/YD9iImJQdYA

Indonesia begitu istimewa di hati saya, bagaikan rumah kedua untuk saya. Malah Indonesia merupakan lokasi pertama untuk jelajah kali ini.

Ramai juga peminat dari Singapura, Brunei dan Malaysia sendiri terbang ke Jakarta demi menyaksikan persembahan artis kesayangan mereka itu di pentas Indonesia.

Nirmalan bergema di Istora Senayan

Saya sengaja memberikan lagu tradisional sebagai pembuka konsert kerana kita semua (Malaysia dan Indonesia) disatukan dalam satu keluarga yang sama.

Konsert ini dimulakan dengan lagu-lagu melayu tradisional seperti Joget Berhibur, Joget Kasih Tak Sudah, Badarsila dan Nirmala. Bagi Siti, lagu-lagu ini merupakan penghubung dan dapat menyatukan Malaysia dan Indonesia sebagai negara berjiran melalui muzik.

Memori awal kariernya sejak awal 90-an

https://youtu.be/kuk2hTarWtE

Apa yang boleh diceritakan melalui konsert ini ialah untuk mengimbau kembali kenangan awal kariernya sejak awal 90-an dalam industri muzik tanah air. Siti turut mempersembahkan genre muzik yang berlainan termasuk balada, akustik dan moden. Konsert yang berlangsung selama hampir dua jam ini turut menampilkan artis kegemaran Indonesia, Tulus sebagai artis jemputan yang berduet dalam lagu Seindah Biasa.

Penonton terus bertenaga

https://youtu.be/1OahAxNS-W4

Penonton tidak pernah terasa letih semasa menyaksikan Siti mempersembahkan kesemua lagu-lagu yang popular di Indonesia terutamanya lagu Cindai. Selain itu juga, Siti turut mendendangkan lagu-lagu lain seperti Biarlah Rahsia, Percayalah, Bukan Cinta Biasa dan banyak lagi.

Konsert ini bakal di dokumentari

https://youtu.be/zv8gww3dQgA

Selepas tamatnya konsert jelajah Siti di Indonesia, beliau akan terbang ke Singapura pada 2 Mac dan untuk peminat di Malaysia sendiri ialah pada 16 Mac. Tidak cukup dengan itu, Siti juga akan membuat kemunculan semula di Royal Albert Hall London buat kali kedua pada 22 April ini. Keseluruhan konsert jelajah Siti Nurhaliza ini akan dirakam dan diterbitkan di dalam sebuah dokumentari bertajuk ‘They Call Me Siti‘.

Sumber: Astro Awani

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×