berita

Video: ‘Skyfall’ Versi Tentera Rusia Lebih Berhantu?

August 29th, 2013 | by Ai
Video Popular

Screen Shot 2013-08-29 at 13.13.06

Umum tahu bahawa lagu tema filem James Bond: Skyfall yang dinyanyikan oleh penyanyi asalnya, Adele memang cukup berhantu dan menyentuh hati sesiapa yang mendengarnya.

Namun nampaknya, perhatian peminat lagu itu telah beralih kepada barisan koir tentera Rusia dikenali sebagai Alexandrov Ensemble Official Armed Forces Choir yang telah mempersembahkan lagu itu dengan penuh perasaan di sebuah rancangan bual bicara Rusia minggu lepas.

Screen Shot 2013-08-29 at 13.14.09

Persembahan hebat tujuh orang tentera itu telah membuatkan pengacara-pengacara rancangan itu terkejut dan seakan tidak menyangka mereka mampu menyanyi dengan penuh perasaan.

Malah, ada di kalangan mereka yang menonton video itu di YouTube lebih menggemari nyanyian Skyfall versi tentera Rusia ini daripada Adele sendiri.

Screen Shot 2013-08-29 at 13.12.47

Screen Shot 2013-08-29 at 13.08.01

Bagi yang belum berkesempatan melihat persembahan mereka, di sini OHBULAN! sertakan video tersebut untuk tontonan anda. Semoga terhibur!

SKIP THIS AD ×