berita

Video: Story Of My Life Papar Kisah 1D Waktu Kecil

November 12th, 2013 | by Ai
Video Popular

Screen Shot 2013-11-12 at 16.10.54

Selepas single Best Song Ever dan filem biografi mereka, One Direction: This Is Us mendapat sambutan hebat beberapa bulan lepas, kali ini boyband yang menjadi pujaan gadis remaja ini sekali lagi muncul dengan single terbaru.

Untuk makluman, lagu berjudul Story of My Life telahpun diputarkan di radio-radio tempatan dan muzik videonya juga telah dikongsikan untuk tatapan peminat di laman YouTube sejak 3 November lalu.

MV berdurasi 4:08 saat itu memaparkan kisah perjalanan hidup setiap anggota One Direction (1D) yang dianggotai oleh Zayn, Liam, Harry, Niall dan Louis dari kecil sehinggalah mereka dewasa.

Story-Of-My-Life-one-direction-35977047-1000-668

Apa yang menariknya, pengarah MV tersebut iaitu Ben Winston menggunakan idea menarik di mana krew produksi mewujudkan semula suasana yang serupa dengan foto-foto lama milik mereka.

Peminat sememangnya sudah tahu mengenai kisah hidup semua ahli One Direction. Tetapi kali ini kami menonjolkan saat-saat mesra mereka bersama keluarga yang belum pernah ditonton peminat. – Ben (Entertainment Wise)

Dari apa yang dapat diperhatikan, Story of My Life sedikit sebanyak memaparkan sisi kematangan kelima-lima mereka dari segi pemilihan konsep lagu, pembikinan MV dan sebagainya.

Malah kesungguhan 1D berkongsi kisah zaman kanak-kanak mereka turut membuatkan peminat tersentuh hingga ada yang menitiskan air mata.

Screen Shot 2013-11-12 at 16.11.05

Screen Shot 2013-11-12 at 15.53.38

Screen Shot 2013-11-12 at 15.54.54

Bagi yang belum berkesempatan menontonnya, di sini OHBULAN! sertakan MV Story of My Life khas untuk anda. Selamat menonton!

SKIP THIS AD ×