Baru-baru ini viral video di laman Twitter memaparkan sekumpulan remaja yang sedang bermain bola sepak. Lebih menarik perhatian, tendangan percuma yang dilakukan salah seorang dari mereka menyebabkan bola keluar dari padang bola dan masuk ke dalam sebuah lori pasir yang sedang bergerak.
Memang kelam kabut!
Bola terus masuk lori
Siapa2 yang ada terjumpa lori yang ada bola kat belakang tu, boleh dm tepi ? pic.twitter.com/S9xGHbVrpO
— ???? ????? (@AbangNgahCrew) August 15, 2020
Melalui video berdurasi 0:23 saat itu jelas menunjukkan bola yang yang ditendang oleh salah seorang pemain menuju terus ke bahagian luar padang. Agak bernasib malang kerana bola tersebut terus masuk ke dalam lori yang kebetulan lalu di sebelah padang itu. Kejadian yang dipercayai berlaku di Kuala Terengganu itu membuatkan mereka semua menjerit ‘Allah’ sebanyak tiga kali.
Namun mereka semua bernasib baik apabila pemandu lori tersebut, Pok Din telah memulangkan semula bola tersebut selepas melihat video viral itu dikongsi di Facebook. Dah satu kerja kena pergi ambil dekat kuari pasir pula!
Aurat jadi perhatian
Alhamdulillah Husnul Khotimah aka Happy Ending ?.. Mekaseh Pok Din drebar lori ??
Credit : @hafiztonewow @MaidielMukhlis @zeex_z_14 pic.twitter.com/DzBM1mkIQP
— ???? ????? (@AbangNgahCrew) August 16, 2020
Walaubagaimanpun, netizen tertumpu lebih kepada aurat pemain-pemain tersebut. Rata-rata memuji penampilan mereka kerana mereka masih memakai seluar panjang dan masih mengenakan seluar ketat di bahagian dalam dan seluar pendek di bahagian luar.
Sumber : Abang Ngah Crew