Usahawan dan pempengaruh Shaniena Natasya berkongsi rasa teruja apabila dapat merasai pengalaman menaiki penerbangan ‘business class’ menuju ke London.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ibu Mentua Saya Tahu Kisah Silam.. Dia Tak Marah, Guide Dengan Cara Yang Betul’ – Shaniena Natasya
Penerbangan ‘Business Class’ ke London
@shanienanatasyaaaa? original sound – SHANIENA NATASYAAAA
Menerusi perkongsian di TikTok, Shaniena yang mesra disapa Niena memaklumkan penerbangan kelas pertama itu merupakan hadiah pemberian suami sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-22 tahun.
Jelas Niena, dia berasa sungguh seronok kerana mendapat layanan yang istimewa dan berpeluang untuk menikmati pelbagai jenis hidangan tanpa terhad.
Sebenarnya ‘flight’ ini adalah hadiah suami saya sempena hari jadi saya.
Saya ‘booking’ untuk saya seorang saja dalam penerbangan kelas pertama ini dan tak ada orang dekat sini.
Seronok sangat sebab dapat makan macam-macam jenis makanan. Kerja saya makan, tidur, bangun, makan balik.
Saya kemudiannya transit di Dubai, berehat selama satu jam sebelum sambung lagi perjalanan selama tujuh jam ke London.
Tak nak isteri sakit belakang
View this post on Instagram
Menerusi hantaran lain, Niena menjelaskan suaminya iaitu Choudhry Wasim menempah tiket penerbangan kelas pertama kerana tidak mahu dirinya mengalami sakit-sakit belakang duduk di kerusi penerbangan ekonomi.
Niena dalam masa yang sama turut menitipkan ucapan terima kasih buat suaminya atas hadiah yang diberikan.
Bila suami kau tempah tiket penerbangan kelas pertama sebab tak nak kau sakit belakang.
Terima kasih Wasim, ‘You healed me so much’.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memaklumkan Niena begitu beruntung mendapat suami yang begitu sayang akan dirinya.
Untuk info, Shaniena mendirikan rumah tangga bersama suaminya iaitu Choudhry Wasim pada Mei tahun lalu.
Komen netizen
Sumber: Instagram, TikTok Shaniena Natasha