berita

[VIDEO] Suami Hidap Angin Ahmar Hingga Koma, Louisa Chong Kongsi Isi Hati Sebagai Saudara Baru

February 3rd, 2020 | by Amat
Video Popular

Rasanya sudah lama tidak melihat pelakon dan pelawak iaitu Louisa Chong di kaca televisyen atau layar perak. Dahulunya dia pernah menghiburkan kita menerusi beberapa filem termasuk Kayangan, Sepi dan CicakMan 2-Planet Hitam.

Baru-baru ini, dia turut berkongsi perjalanan sepanjang menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci. Dia turut sebak mengenangkan nasib dihadapi suaminya yang menghidap angin ahmar sehingga koma. Sebaknya tengok video ini.

Suami saya berusaha walaupun dia berjalan…

Louisa Alissa Chong Abdullah sebak ketika menceritakan keadaan suaminya yang sakit. Suaminya itu juga sertai mengerjakan umrah dalam keadaan kekurangan. Dia terpaksa berkerusi roda dan jika berdiri pun suaminya itu ibarat jalan satu kaki dan tarik lagi sebelah kakinya.

Syukur alhamdullilah kerana selama ini Allah jaga suami saya dan jaga suami saya. Dengan kuasa Allah, sekarang dia boleh berjalan dan boleh datang ke Tanah Suci.

Saya terima ujian dari Allah

Pelakon yang berusia 64 tahun itu tidak mahu meminta simpati orang ramai dan ingin membuktikan bahawa mampu berdepan cabaran tersebut meskipun baru saja bergelar saudara baru (muaalaf).

Walaupun dalam keadaan dia berkerusi roda tapi suami saya itu berusaha walaupun dia jalan satu kaki dia tarik satu kaki. Bagi saya kepercayaan kepada Allah, kita dalam sentiasa dalam apa-apa keadaan pun, suka sedih,kita mesti ingat kepercayaan kepada Allah.

Ramai yang kata putus asa tapi saya tak pernah putus asa. Walaubagaimanapun, saya terima ujian Allah. Saya terima pengajaran dan cabaran dari Allah sebab Allah amat sayang kepada kita. Itu dia bagi cabaran kepada kita.

Sumber: Hairudean Zakaria

SKIP THIS AD ×