Pelakon Fattah Amin menganggap normal sebagai suami mengambil tahu dengan siapa isterinya berkawan dan bergaul.
Artikel Berkaitan: Neelofa Sedia Bersemuka Dengan Fazura, Mahu Tamat ‘Perang’ Dingin 13 Tahun
Artikel Berkaitan: Fazura Dakwa Ada Pelakon Cuba ‘Sondol’ Fattah Amin
Nak dapat keberkatan
@ohbulanofficial Pelakon Fattah Amin menganggap normal sebagai suami mengambil tahu dengan siapa isterinya berkawan dan bergaul ?? #ohbulan #sembangentertainment #fattahamin #kata #suami #ambil #tahu #isteri #berkawan ? original sound – OHBULAN!
Ketika ditemui OhBulan!, Fattah berkata sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai suami untuk menjaga isteri tercinta, Fazura sebaik mungkin.
Kata Fattah, bukan setakat perihal kawan malah setiap perkara yang ingin dilakukan Fazura akan meminta keizinan dirinya terlebih dahulu.
Sebagai suami kita kena ambil tahu dengan siapa isteri berkawan. Sangat normal bagi suami isteri untuk menasihati antara satu sama lain dalam segala perkara.
Isteri perlu meminta izin suami bagi mendapat redha dan keberkatan. Jangan kata kawan, nak keluar rumah pun kena minta izin suami.
Fattah berkata demikian ketika majlis Eastana Exclusive Pelancaran Koleksi Baju Melayu untuk Raya Aidilfitri 2024, baru-baru ini.
Tambah aktor berumur 33 tahun, perkara itu tidak perlu dipandang negatif kerana dalam ia merupakan satu tuntutan dalam berumah tangga.
Sebagai orang Islam kita jangan menjadikan perkara ini sebagai isu sehingga tuntutan agama dalam kehidupan rumah tangga dipandang negatif.
Mana ada ‘control’
Dalam pada itu, pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin turut menafikan dakwaan kononnya dia mengongkong pergerakan Fazura.
Kalau saya kongkong, Faz (Fazura) mungkin tak boleh keluar bekerja, jalani penggambaran contohnya.
Sebelum ini, selebriti Neelofa meluahkan hasrat ingin menamatkan ‘perang dingin’ antaranya dengan Fazura yang sudah berlanjutan berbelas tahun.
Bagaimanapun, Fazura menyangkal timbul persengketaan dengan isteri kepada PU Riz. Katanya lagi, dia lebih mengutamakan keizinan Fattah dalam memilih kawan.