Gambar sekadar hiasan
Seorang lelaki telah disihir dengan teruk sehingga menjejaskan hubungan dengan isteri serta mengalami kesakitan di kemaluannya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isteri Menyesal Bomoh Suami Sebab Cemburu, Risau ‘Tambah Cawangan’ – ‘Dia Cuma Makan Nasi, Lauknya Tak Makan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ibu Mentua Tak Restu Perkahwinan, Lumur Darah Haid Sihir Menantu – ‘Kemaluan Rasa Terbakar’
Kemaluan terkunci
@pnrohfaarsyifakuantan #LIVEhighlights #TikTokLIVE #LIVE #sihir #sihirpemisah #saka #santau #pahang #temerloh #pekanpahang #rompinpahang #anxiety #depression #rawatanislam #arsyifakuantan #gangguanjin #fyp? #fyp #videoviral
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok oleh sebuah pusat rawatan Islam iaitu Rawatan Ar Syifa, kelihatan seorang lelaki sedang duduk di atas kerusi sambil meronta kesakitan.
Difahamkan lelaki tersebut telah terkena sihir pemisah yang menyebabkan hubungan bersama isteri telah terganggu.
Tiada keinginan untuk bersama dengan isterinya kerana nafsu ‘dikunci’ dan kerap kali jatuh sakit bila nak bersama.
Lebih parah lagi sihir yang ada pada tubuh badan telah menyebabkan alat sulitnya berdarah.
Kemaluannya kerap berdarah tanpa sebab.
Allahu Akbar, semoga dipermudahkan segala urusan mereka dan diberikan kesembuhan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan agar lelaki tersebut dapat pulih selain mengecam tindakan individu yang tergamak menggunakan sihir untuk meruntuhkan rumah tangga.
Dalam pada itu, terdapat segelintir warganet yang turut berkongsi pengalaman sama ketika mereka disihir.
Pernah alami, bukan itu sahaja, tak ada nafsu makan dan deria bau hilang.
Saya selalu ada kesan lebam dan tak ada nafsu dengan pasangan, Tapi kami okay sahaja, tak bergaduh.
Saya pernah lalui dan sampai sekarang masih lagi merawat sebab benda jahat ni takkan pernah habis. Merata berubat tak dapat kesan, tapi bila dapat ustaz yang betul, baru tahu bertahun dalam badan saya, memang ‘dia’ suka duduk dekat kemaluan rupanya.
Sumber: TikTok Rohfa Perawat Wanita