Pelakon Sweet Qismina berkongsi kisah kepayahan hidup yang pernah dialaminya selepas arwah bapanya meninggal dunia.
Artikel Berkaitan: Sweet Qismina Syukur Lakonan Sebagai Pesakit Sindrom Guillain-Barre Terima Komen Positif – ‘Saya Letak 101 Usaha Untuk Filem Babah’
Artikel Berkaitan: Sweet Qismina Nasihat Jangan Suka Hati Buat ‘Liquid Diet’ – ‘Ada Kesan Sampingan, Mudah Beremosi’
Pengalaman Sweet
@studiosembang ramai ke yang berfikiran macam tu terhadap pelakon? ? kalau nak tahu cerita penuh, #jomsembang dengan @Sweet Qismina japgi 10pm on @YouTube @Spotify or @Apple Podcasts gais! #studiosembang
Menerusi podcast Studio Sembang bersama pelakon Amelia Henderson, Sweet atau nama lengkapnya Farhanna Qismina Supandi bersyukur kerana dia dan keluarga pernah dilimpahi dengan kemewahan.
Saya tidaklah tinggal di dalam sebuah banglo atau lahir dalam keluarga yang berada.
Tetapi kami bersyukur dengan apa yang ayah saya sediakan, Alhamdulillah. Saya dapat merasa kehidupan sebagai golongan T20.
Walau bagaimanapun, segalaya berubah selepas arwah bapanya meninggal dunia.
Tetapi saya merasa itu semua hanya untuk 11 tahun sahaja, kemudian selepas ayah saya meninggal dunia, saya, ibu dan keluarga kena struggle semula.
Tinggal di rumah kedai
Bercerita lanjut, aktres berusia 27 tahun itu berkata, dia pernah diejek kerana tinggal di rumah kedai.
Ada yang pernah berkata kepada saya, ‘awak ini acah-acah sahaja berlakon macam banyak duit tapi duduk rumah kedai.’
Ya, saya memang pernah duduk rumah kedai dulu.
Dalam pada itu, Amelia turut mendedahkan bahawa dia juga membesar di rumah kedai sebelum ini.
Saya membesar di dalam rumah kedai juga.
‘Shop house girl!’ Tetapi lihatlah siapa kami sekarang.
Sumber: Studio Sembang