berita

[VIDEO] Syafiq Kyle Ucap Mocha Kau Bahagia Pada Farah Nabilah. Fuyoo! Ada Aroma Cinta La Kat Sini..

October 25th, 2018 | by Mastura
Kini Trending

Baru-baru ni kitorang dapat hidu aroma cinta antara pasangan popular Farah Nabilah dengan Syafiq Kyle.

Serius la, ke diorang couple dalam drama je? Kitorang ada hantar sis Hipster Bucket untuk siasat, Nak tau kena tonton video penuh dekat bawah ni.

Owh! Rupanya Farah dengan Syafiq ada buah tangan baru untuk korang semua. Mereka digandingkan sekali lagi dalam Mocha Kau Bahagia Musim Ke-2Musim pertama diorang declare sebagai couple, korang rasa apa terjadi dengan pasangan Melur dan Firdaus untuk musim ke-2?

Adakah pengakhiran bahagia menanti diorang ni? Uish tak sabar nak tahu, sebab ada sumber mengatakan di hujung drama ni nanti ada surprise yang akan buat korang teruja tak terkata.

Firdaus Kena Tampar Dengan Melur?

Pergh! Firdaus kena tampar dengan Melur la..Kes berat ni!! Sebab apa ek? Daus cancel nak kahwin dengan Melur ke? Atau Firdaus ni ada perempuan  lain..Dengar dialog Melur, “Kau main-main je kan nak kahwin dengan aku?” pun dah ngeri.  Apa yang terjadi sebenarnya?

Kalau korang terlepas nak menonton drama ni dekat tv, korang boleh je pergi ke YouTube TV3 dan search Mocha Kau Bahagia 2.

Tapi sekarang ni, untuk korang yang dah tengok, korang kene tunggu dekat depan tv pada 29 dan 30 Oktober ni untuk saksikan sendiri episod akhir drama Mocha Kau Bahagia Musim Ke-2, jam 9.50 – 10.00 malam hanya di TV3, dibawakan khas oleh McCafe.

Banyak yang akan terungkai untuk episode akhir nanti. Adakah Azlan akan meluahkan rasa hatinya kepada Erin? Melur dengan Firdaus macam mana pulak. Haish! Nak tau cer korang check teaser kat bawah ni. Tazzabar na tunggu!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×