Penyanyi Syamel merasakan tidak mudah berada sekali dalam industri muzik bersama isterinya, Ernie Zakri.
Artikel Berkaitan: Syamel Jadikan Kegagalan ‘Belakang Tabir’ Sebagai Penguat Untuk Terus Berkarya – ‘Kecewa & Hampa Tapi Syukur Lagu Itu Kini Dikenali Ramai’
Artikel Berkaitan: Syamel Terbuka Khawla Jadi Artis, Pendidikan Tetap Keutamaan – ‘Nampak Dia Minat Semua Itu Tapi Saya Taknak Paksa’
Peranan seorang isteri dan ibu
Menerusi sesi temu bual di TikTok, Syamel atau nama sebenarnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly menegaskan tugas seorang isteri tetap harus dilaksanakan apabila selesai urusan kerja.
Ujarnya, Ernie menjalankan tugasnya sebagai seorang isteri dan ibu sangat baik.
Ernie Zakri apabila di rumah dia adalah seorang isteri dan juga seorang ibu.
Pada Syamel, macam mana kita di luar, bila pulang rumah kita kembali pada tugas kita, tidak bercampur aduk.
Tiada apa sangat yang saya ingin ceritakan sebab Ernie melakukannya dengan baik.
Komunikasi nombor satu
@ernienator.my “communicate and sensitive towards each other” – Syamel #syamel #erniezakri #masingmasing #apaceritapodcast #podcasts #fyp #xybca ? original sound – Ernie Zakri MY
Berkongsi lebih lanjut, Syamel mempratikkan kepentingan berkomunikasi dan sentiasa peka dengan perasaan masing-masing.
Orang selalu ingat mudah bila dua-dua penyanyi berkahwin. Tapi, iainya susah.
Sebab sekarang dia di Jakarta, saya pun penyanyi. Saya pun ingin berada di sana.
Ada dua perkara yang saya terapkan dalam rumah tangga.
Pertama, berkomunikasi dan kedua kita ada sensitiviti terhadap perasaan masing-masing.
Dalam pada itu, Syamel tetap menyokong karier pelantun lagu ‘Masing-Masing’ itu untuk terus bersinar dan yakin rezekinya juga akan tiba suatu hari nanti.