Pengarah popular, Syamsul Yusof memilih untuk bertemu dengan kedua cahaya matanya, Syaikhul Islam dan Sumayyah tanpa ditemani isteri kedua, Ira Kazar.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Ada Buat Solat Istikharah, Bukan Ira Yang Mengganggu’ – Syamsul Yusof
Tak manis pula
Menurut Syamsul, 39, situasi sekarang ini masih tegang justeru dia merasakan ia bukan waktu yang tepat.
Ketika ini masanya tidak sesuai kerana banyak hati yang perlu dijaga. Dengan keadaan sekarang ini saya perlu jaga sensitiviti.
Saya perlu betulkan apa yang berkecamuk dengan isteri pertama (Puteri Sarah) dulu, rasa macam tak manis pula kan.
Tak nak menipu
Tambah pemilik nama Mohd Syamsul Mohd Yusof, dia lebih selesa untuk berterus terang tentang kehadiran Ira sebagai ibu tiri.
Cakap saja dengan anak-anak ini isteri nombor dua. Ya, ayah ada isteri lagi seorang. Saya tak nak galakkan untuk menipu anak-anak. Saya memang suruh cakap, tak payah terlepas cakap.
Alhamdulillah tak ada (Syaikhul tanya). Saya tunggu juga.
Dalam pada itu, pelakon filem Munafik bersyukur kerana dia mendapat kerjasama yang baik daripada Puteri Sarah untuk berjumpa dengan anak-anak pada bila-bila masa saja.
Alhamdulillah… apabila bercerita pasal anak saya dengan Puteri Sarah tak ada masalah. Saya nak berjumpa dia tak halang dan kerjasama memang okey.
Cuma mula-mula itu ada sekejap (dihalang), tetapi masa tu mungkin dia tengah dalam keadaan emosi.
Saya tak mahulah kalau post (gambar) kat sosial media, orang sangka yang saya nak tunjuk baik. Bila post, orang ingat saya tak fikir pasal anak.
Sosial media ni bukan daily life saya pun, jadi saya tak perlu nak post semua benda.
View this post on Instagram
Pada Selasa,Syamsul memfailkan permohonan nusyuz terhadap isteri pertamanya Puteri Sarah Liyana di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, pada petang Selasa.
Antara alasan yang dikemukakan Syamsul adalah mendakwa Puteri Sarah berlaku curang dengan bekas kekasihnya yang juga suami orang, meninggalkan rumah kelamin sejak oktober 2020, enggan mematuhi notis nusyuz dan memfitnahnya memukul serta tidak memberi nafkah.
Kemudian diikuti, Puteri Sarah pula tampil di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur semalam untuk memfailkan hadanah iaitu hak penjagaan anak terhadap dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.