Pengarah sensasi, Syamsul Yusof kelihatan sebak ketika berbicara mengenai ibu kandungnya, Datin Patimah Ismail.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Asal Tak Tulis 100 Kali?’ – Syamsul Yusof Nafi Dakwaan Bersetubuh Luar Nikah
Artikel Berkaitan: ‘Dia Minta Dilepaskan & Cakap Sudah Ada Orang Lain’ – Syamsul Yusof
Tak tahu perkara sebenar
Menurut Syamsul, dia sedar dengan perasaan ibunya yang sedih dengan pergolakan rumah tangganya dengan aktres, Puteri Sarah Liyana. Katanya, dia tidak berkecil hati dengan tindakan ibunya yang menyebelahi isteri pertamanya.
Dia (Patimah Ismail) sebagai ibu saya faham sangat sedih. Saya faham juga ibu terluka, tapi kalau boleh jangan dikongsikan di sosial media.
It’s okay (ibu saya menyokong Sarah). Ini bukan permainan nak suruh sokong bini kedua, macam saya cakap ibu tak tahu cerita sebenar. Masa akan menentukan segalanya.
Ditanya sama ada dia mempunyai perancangan untuk berjumpa dengan kedua orang tuanya iaitu Patimah dan Datuk Yusof Haslam, aktor berumur 39 tahun itu menjawab secara ringkas.
Ada insya-Allah. Saya ada menghubungi ibu, tetapi tak payah cakap, semua orang tahu ibu marah saya.
Saya sebagai anak pun sedih. Tetapi tidak pernah sedikit pun rasa sakit hati dengan ibu, dia tetap ibu saya.
Syamsul berkata demikian ketika ditemui pada sidang media khas yang diadakan di Wangsa Maju, pada Rabu.
Pilihan sendiri
Dalam pada itu, pemilik nama Mohd Syamsul Mohd Yusof memohon maaf kepada ibunya apabila membuat keputusan untuk berkahwin dengan Ira Kazar pada Januari lalu.
Mungkin ibu mahu saya menceraikan isteri saya (Puteri Sarah) sekarang ini, tapi saya tidak boleh buat begitu. Saya minta maaf pada ibu.
Ibu cakap saya kena sihir dan macam-macam lagi. Tapi saya buat solat istikharah. Orang cakap Ira adalah orang yang buat.
No! Saya yang buat pilihan (berkahwin dua). Saya lelaki dan saya ada buat istikharah. Bukan Ira yang mengganggu, tidak begitu. Saya yang buat keputusan.
Sekiranya agama kata meminta kebenaran ibu adalah rukun wajib berkahwin, ya saya akan berbuat begitu. Namun, saya memikirkan antara saya dan Tuhan. Apa yang patut saya buat.
Pada Selasa,Syamsul memfailkan permohonan nusyuz terhadap isteri pertamanya Puteri Sarah Liyana di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, pada petang Selasa.
Antara alasan yang dikemukakan Syamsul adalah mendakwa Puteri Sarah berlaku curang dengan bekas kekasihnya yang juga suami orang, meninggalkan rumah kelamin sejak oktober 2020, enggan mematuhi notis nusyuz dan memfitnahnya memukul serta tidak memberi nafkah.
Kemudian diikuti, Puteri Sarah pula tampil di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur semalam untuk memfailkan hadanah iaitu hak penjagaan anak terhadap dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
@ohbulanofficial Wartawan pun siap tambah ‘sinar harian’ ???? #ohbulan #sembangentertainment #syamsulyusof #kenapa #baru #sekarang #ada #sinar #puterisarahliyana ? original sound – OHBULAN!