Penjaga gol pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Syihan Hazmi berkongsi doa yang dibaca setiap kali berdiri di hadapan gawang sebelum memulakan aksi mana-mana perlawanan.
Artikel Berkaitan: Telatah Anak Eyra Hazali ‘Selit’ Lagu Pasukan JDT Dalam Doa Bikin Netizen Berdekah -‘Tahulah Ayah Dia Goal Keeper’
Artikel Berkaitan: Syifa Melvin Akhirnya Tunjuk ‘Baby Bump’ -‘Rezeki Yang Cukup Indah, Doakan Kami’
Doa pelindung
Menerusi perkongsian video di laman TikTok, Syihan berkata doa yang diamalkan adalah doa pelindung yang memohon kepada Tuhan agar pasukannya dapat bermain dengan baik.
Ramai yang tanya saya berkenaan soalan ini (doa apa yang dibaca). Apa yang saya nak beritahu, saya sentiasa minta dan mohon kepada Allah untuk permudahkan perlawanan pasukan saya.
Ayat yang saya bawa dan baca adalah doa pelindung sahaja.
Menerusi video tersebut, Syihan turut membacakan doa berkenaan di hadapan umum ketika satu sidang media pasukan JDT baru-baru ini.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya memuji sikap penjaga gol berusia 27 tahun itu serta berkata mereka turut mengamalkan doa yang sama.
Malah, ada juga netizen yang mengecam tindakan segelintir pihak yang mendakwa Syihan membaca ‘menderam’ atau ‘mantera’.
Terdahulu, segelintir individu bertindak menularkan video Syihan yang sedang berdiri di depan pintu gol dan dipercayai membaca sesuatu sebelum perlawanan.
Video
@pipitbiru Now we know….apa yang Syihan baca dekat gawang before game ? Siapa cakap ritual tu haaa ? #SyihanHazmi #33 #OurKeeperJdt #jdt?? #LuaskanKuasamuJohor #WhatCanYouDo ? Penenang Hati – Instrumental – Asraf Studio
Sumber: TikTok