berita

[VIDEO] ‘Tak Ada Masalah Nak Petik Muka Macam Larva, Jangan Pasal Jambang’ – Sharnaaz Ahmad

December 1st, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

sharnaaz jambang

Pelakon Sharnaaz Ahmad menitipkan pesanan khas kepada netizen selepas isu jambang menjadi bahan bualan di media sosial.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sharnaaz Ahmad Tegur Pembaca Berita Salah Sebut Nama Penuh – ‘Sharnaaz Atau Nama Sebenarnya Ahmad Basir Ahmad’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Nanti Teman La Kalau Aku Bersalin Seorang Diri’ – Netizen Menangis, Rasa Sakit Baca Komen Aisyah Hijanah

Dengar manusia-manusia sekalian

sharnaaz pembaca berita

Menerusi video di TikTok, Sharnaaz menyatakan dia tidak kisah apabila muka individu itu disamakan dengan animasi, Larva kuning.

Bagaimanapun, aktor berumur 38 tahun, berseloroh dengan berkata seluruh persatuan jambang akan mengambil tindakan sekiranya masih ‘dipetik’.

Hi assalamualaikum. Dengar sini. Kalau nak petik muka macam larva, tak ada masalah. Tapi jangan petik pasal jambang tau.

Seluruh persatuan jambang akan mengambil tindakan!

Meskipun pemilik nama Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad tidak menyebut nama namun diketahui individu yang ditujukan adalah ‘influencer’ dan usahawan, Alif Teega.

Kesian Larva..

Di platform X, rata-rata warganet menyamakan wajah Alif Teega dengan Larva kuning selepas disunting dengan penambahan jambang.

Terdahulu, kecoh diperkatakan tentang personaliti media sosial, Alif Teega yang mengumumkan bahawa dia sudah bernikah lain.

Kata Alif, tujuan dia berkongsi perkara tersebut kepada kepada umum kerana ingin mengelak daripada sebarang fitnah terhadap dirinya, isteri dan keluarga.

Manakala, Aisyah mendoakan kebahagiaan Alif bersama madunya dan berharap orang ramai tidak bercakap buruk mengenai perkahwinan mereka.

Sumber: X & TikTok

SKIP THIS AD ×