Tular di TikTok satu video memaparkan perkongsian seorang wanita mengenai kisah benar tentang seorang suami mithali yang sanggup ‘menipu’ keluarga demi mempertahankan rumah tangganya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mati Tak Boleh Mengucap, Ini Pengakhiran Seorang Lelaki Yang Suka Mencarut – ‘Masa Nazak Pun Dia Mencarut’
Ibu cemburu selepas kahwin
Menerusi perkongsian tersebut, wanita tersebut menceritakan semula coretan yang dikongsikan seorang pemuda yang merupakan anak lelaki bongsu di dalam keluarganya.
Berdasarkan kisah tersebut, dia ditatang dengan penuh kasih sayang oleh ibunya sehinggalah dia bertemu jodoh sejurus selepas tamat pengajian ijazah.
Aku ni anak bongsu mak, atas aku semuanya kakak. Fahamlah kan macam mana aku ini ditatang bagai minyak yang penuh oleh mak ayah aku.
Lepas aku habis degree, aku bertemu jodoh di alam maya. Tiga bulan kenal dia ajak aku kahwin. Namanya Munirah dan orangnya sangat cantik dan bekerja di sektor kerajaan.
Kalau ikutkan semuanya sekufu dan keluarga masing-masing juga bekerjaya.
Namun begitu, perkahwinan yang dibina mula didatangi masalah apabila ibunya dilihat sering mencari kesalahan isterinya.
Yang jadi masalahnya lepas kami berkahwin ialah mak aku. Apa yang Munirah buat ada ja yang tak kena. Masakan dah sedap pun dikatakan masin.
Aku ni jadi serba salah nak puji isteri aku depan mak. Nanti datang angin cemburu dia, aku dengan isteri pula bermasam muka.
Tambah pemuda itu lagi, sebagai seorang suami dia akan cuba sedaya upaya untuk menjaga hati kedua-dua belah pihak yang disayanginya bagi mengelakkan berlakunya pergaduhan antara mentua dan menantu.
Isteri aku ni seorang yang workaholic, kerja siang malam. Tapi aku akan beritahu mak aku bahawa aku yang sibuk sebab aku tak nak isteri dan mak aku bermasam muka.
Aku sebagai orang tengah ni kena pandai main peranan untuk jaga hati isteri dan jaga hati mak.
Mandulkan diri kerana sayang
Menurut pemuda itu lagi, meskipun berjaya untuk meredakan ketegangan buat seketika namun, ibunya pula cuba untuk membangkitkan isu anak.
Bila mak aku dah tak ada tajuk untuk dia bising, mula lah dia desak kami bertanyakan bila nak ada anak? Seolah-olah nak menyalahkan isteri aku ni mandul.
Mak dan kakak-kakak aku dah mula bersuara dan aku memang taknak isteri aku tahu mengenai hal ini sebabnya dia ada cyst. Doktor kata peluang nak hamil tu ada tapi ambil masa.
Namun apa yang mengagumkan ialah, pemuda berkenaan dengan beraninya mengumumkan kepada keluarga bahawa dirinya yang mempunyai masalah kesihatan sehinggakan sukar untuk mendapatkan anak.
Tindakannya itu dilakukan hanyalah untuk menjaga air muka serta perasaan isterinya.
Jadi disebabkan aku tak nak isteri terasa hati dengan keluarga aku, aku dengan beraninya beritahu pada seluruh ahli keluarga bahawa aku yang mempunyai masalah kesihatan. Pendek kata aku yang mandul.
Terkejutnya mak aku dengar pengumuman itu sampai menangis-nangis. Kakak-kakak aku pula terdiam tak berkata apa.
Sampaikan mak telefon isteri aku menangis-nangis minta maaf.
Selepas mengambil tindakan yang berani itu, pemuda tersebut mendedahkan bahawa ibunya kini sudah tidak seperti dulu malah sentiasa memuji isterinya dan berterima kasih kerana sudi menerimanya yang serba kekurangan.
Kini, perkahwinan pemuda berkenaan sudah pun menjangkau usia tiga tahun dan mereka hidup dalam keadaan yang penuh kasih sayang dan bahagia.
Meskipun masih belum menimang cahaya mata, pemuda ini tetap yakin mereka akan berpeluang untuk menjadi ibu bapa suatu hari nanti.
Respon netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan pemuda tersebut yang begitu bijak menangani masalah yang dihadapinya sebagai seorang anak dan juga sebagai seorang suami.
Mereka juga meluahkan rasa beruntung buat Munirah kerana mempunyai suami sebaik pemuda ini.
Video
@mrs_shaz A good tips utk tutup mulut ahli keluarga yang suka tanya bila nak ada anak ni #iiumconfessions ? original sound – Shaz | The Shopaholic DJ
Sumber: TikTok