Pelakon jelita, Sophia Albarakbah menjelaskan bahawa kehadirannya pada konsert ketiga program realiti, All Star Gegar Vaganza (ASGV) pada Ahad bukanlah untuk menonton persembahan Aliff Aziz seperti mana yang didakwa sesetengah pihak.
Artikel Berkaitan: Aliff Aziz Fokus, Kehadiran Sophia Albarakbah Tidak ‘Cacatkan’ Persembahan – ‘Pusing Pusing Jumpa Orang Sama’
‘Nak support Aisha Retno’
Ketika ditemui OhBulan!, Sophia atau nama sebenarnya Sophia Koshka berkata, kehadirannya pada malam konsert tersebut adalah untuk menyokong sepupunya yang juga penyanyi, Aisha Retno ketika menjadi tetamu undangan bagi salah satu slot bagi program tersebut.
Sebenarnya saya pergi ke malam konsert tempoh hari adalah untuk ‘support’ sepupu saya, Aisha Retno sebab dia dijemput untuk buat persembahan bagi slot atas talian ASGV+.
Dan saya ‘stay’ sampai persembahan akak Liza Hanim tak silap saya. Dan dalam pukul 11 malam macam tu, Aisha dah kena buat persembahan, Aisha terus ajak saya teman dia.
Selepas Aisha habis buat persembahan, saya dan dia terus balik.
Sophia berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sidang media dan majlis pelancaran filem ‘Harimau Malaya The Untold Journey’ yang diadakan di Sheraton Hotel, Petaling Jaya pada petang Selasa.
Dalam pada itu, pelakon berusia 30 tahun ini juga memaklumkan bahawa dia tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya perlu berjumpa dengan Aliff Aziz atas faktor kerja di masa yang akan datang.
Kalau bertemu pun saya rasa tak ada masalah sebab kita dalam satu industri yang sama. Pusing-pusing pun akan bertemu juga.
Secara jujurnya saya rasa tak menjadi satu masalah pun untuk kami berada di tempat yang sama.
Ada hak pergi ke konsert
Sementara itu, ketika ditanya adakah dirinya akan ke konsert ASGV jika diberi peluang, pemenang Aktres Filem Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH 35) itu berkata dia berhak untuk ke konsert berkenaan bagi menonton kesemua peserta yang bertanding.
Saya ada hak untuk pergi ke konsert tersebut sebab ianya satu pertandingan dan saya ada hak untuk menyokong sesiapa sahaja.
Ia tidak menjadi satu isu pun kerana perkara ini sudah lama berlalu.
Terdahulu, kehadiran Sophia ke konsert ASGV tersebut meraih perhatian ramai apabila dia dilihat pulang sejurus selepas Aliff selesai melakukan persembahan.
Bagaimanapun, Aliff enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut sebaliknya memaklumkan bahawa perkara tersebut berada di luar bidang kuasanya.
Untuk rekod, Sophia dan Aliff pernah didakwa mempunyai hubungan percintaan sehingga mencetuskan kemarahan isteri kepada Aliff, Bella Astillah ketika mereka menjalani penggambaran drama bersiri, Ku Akad Kau Dengan Bismillah.
Video
@ohbulanofficial Okay la tu dia hadir untuk support ??#ohbulan #fyp #news ? original sound – OHBULAN!