Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula perhubungan dalam rumah tangga yang sudah pasti ada pasang surutnya. Mahu tak mahu, pasangan suami isteri perlu kuat mendepani ujian mendatang bagi menyelamatkan rumah tangga daripada berakhir dengan penceraian.
Aritkel Berkaitan: Wanita Pasrah Suami Kantoi Curang Dengan Adik Sendiri, Suami Pesan Jangan Viral Dekat FB
Artikel Berkaitan:[VIDEO] 13 Tahun Bersama Suami Kantoi Curang Dengan Janda, Bila Suruh Kahwin Tak Nak Pula! Siap Merayu Lagi
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Suami Kantoi Curang Tak Sampai Setahun Kahwin, Wanita Bakar Semua Gambar..Menyesal Kahwin Muda!
Bagaimanapun lain pula senario yang terjadi di Indonesia di mana seorang lelaki tergamak mengambil semula barangan kelengkapan rumah yang dihadiahkan kepada isterinya selepas wanita berkenaan meminta supaya ‘dilepaskan’.
Sakit hati dengan isteri
View this post on Instagram
Menerusi laporan media tempatan, lelaki berkenaan dikatakan sakit hati dengan permintaan isterinya yang meminta untuk bercerai. Video kejadian tersebut bagaimanapun tular di media sosial dan dapat dilihat si suami berserta ahli keluarganya yang lain bertindak ke rumah bekas isterinya serta membawa sebuah lori.
Mereka dikatakan mengambil semula hadiah yang diberikan ketika pasangan ini berkahwin sebelum meletakkan ke dalam lori yang dibawa. Bukan itu sahaja, barangan seperti almari serta kelengkapan rumah yang lain turut dibawa.
Bercerita lebih lanjut, suasana ketika itu dapat digambarkan begitu riuh dan jiran tetangga turut menjadi saksi serta marah dengan tindakan luar kawalan lelaki berkenaan.
Tidak dapat terima keputusan
Difahamkan lelaki tersebut bertindak sedemikian berikutan tidak dapat menerima keputusan isterinya yang mahu berpisah selepas berlakunya masalah dalam rumah tangga mereka.
Menerusi ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan dan ramai yang kurang bersetuju dengan tindakan yang diambil oleh lelaki berkenaan.
Sumber: Suara.com & memomedsos