Sedar atau tak, kadangkala kita ni selalu sangat komplen pasal hidup ni. Kalau traffic jam pun kita komplen, duit tak cukup pun komplen, serba-serbi nak komplen. Semua benda kita nak mengeluh. Tak pernah puas. Tapi kita sebenarnya lupa nak bersyukur.
Bayangkan, kalau negara kita berperang macam negara yang bergolak seperti Syria, Palestin, Iraq semua tu? Macam manalah agaknya keadaan kita? Hari ni nak bangun pergi pejabat pun malas, pastu mengeluh gaji tak cukup semua, lagi pulak kalau negara kita berperang. Entah-entah takdir Tuhan pun kita pertikaikan. Jom tengok video pendek pengalaman Faizal Tahir sepanjang berada di Syria. Sekarang Faizal kerap ikut pertubuhan MyCare ke negara bergolak dan berperang ni.
Muhasabah diri ketika di Syria
"Tak sedar, kita suka complain" – Faizal Tahir
"Sebab kita ni kadang-kadang tak sedar, complain. Everyday complain. Tiap-tiap hari kita complain. Tapi ada orang lebih teruk susah. Everyday kita complain. Sekat dalam traffic jam sekejap pon nak complain. Tapi, kalau kita pergi sana. Diorang tiada apa-apa. They have nothing."Kempen RM10 untuk sahabat dan saudara kita. Klik untuk maklumat lanjut: http://bit.ly/kempenRM10 [Ph]
Posted by MyCARE on 4hb Julai 2016
Menurut Faizal Tahir, dia sendiri muhasabah diri bila duduk bersama pelarian dan membantu mangsa perang di Syria. Mereka juga mendoakan semoga Malaysia aman dan damai, dan nilah yang buat Faizal sebak serta menangis. Katanya lagi, rakyat kita masih ramai yang tak mahu bersyukur, masih ramai yang hanya tahu komplen sedangkan kita dah cukup segala-galanya.
“Sebab kita ni kadang-kadang tak sedar, complain. Everyday complain. Tiap-tiap hari kita complain. Tapi ada orang lebih teruk susah. Everyday kita complain. Sekat dalam traffic jam sekejap pon nak complain. Tapi, kalau kita pergi sana. Diorang tiada apa-apa. They have nothing.” – Faizal Tahir
Ramai antara kita yang masih nak berlumba-lumba kejar kekayaan, sedangkan kita terlupa nak memberi derma kepada mereka yang memerlukan. Ada relevannya jugak pendapat Faizal Tahir ni. Kadangkala, kita lagi berkira nak memberi derma kepada fakir miskin dan peminta sedekah yang datang masa kita makan, atau berjalan di kaki lima.
Kita lebih rela habiskan duit di shopping mall takpun bercuti. Bukan nak kata shopping dan bercuti tak bagus, tapi dalam masa yang sama kita juga kena beringat-ingat. Hari ni kita senang, aman, damai. Esok lusa mana tahu boleh bergolak pulak negara ni. Betul tak?
Setiap rezeki yang kita dapat, akan ada bahagian untuk orang lain jugak. Kan? Ambil dan guna apa yang kita perlu, selebihnya kalau ada berikanlah kepada mereka yang memerlukan. Jom kita bersama derma untuk tabung kemanusiaan ni. Jangan bertangguh lagi!
Sumber: FB MyCare