berita

[VIDEO] Tak Sempat Tengok Anak Naik Pelamin, Mak Ayah Dijemput Ilahi, Wanita Nikah Depan Jenazah Undang Sebak

February 7th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Tak dapat digambarkan perasaan yang dilalui oleh seorang wanita ini apabila terpaksa menerima hakikat bahawa ibu bapanya telah pergi mengahadap Ilahi. Paling menyedihkan apabila kedua-dua insan tersayang itu pergi sebelum majlis pernikahannya berlangsung.

Ibu bapa meninggal dunia

Kisah sedih itu dikongsikan menerusi satu video yang dimuatnaik di akaun TikTok Tinnysalon dengan menceritakan tentang nasib yang menimpa seorang wanita yang dikenali dengan nama Arum. Menurut sumber, kedua ibu bapa Arum telah disahkan meninggal dunia dipercayai akibat Covid-19. Pada awalnya, si ibu telah disahkan meninggal dunia terlebih dahulu dan beberapa hari kemudian, bapanya pula telah menyusul dijemput Ilahi.

Difahamkan, mengikut perancangan awal, Arum akan melangsungkan pernikahan pada 18 Februari ini tetapi siapa sangka di sebalik kegembiraan ingin mendirikan rumah tangga, dia dikejutkan pula dengan pemergian insan tercinta.

Teruskan majlis pernikahan

@tinnysalonkamu kuat kamu tabah Arum…????? Cinta Sejati – Bunga Citra Lestari


Oleh hal yang demikian, Arum akhirnya membuat keputusan untuk mempercepatkan majlis pernikahnnya. Akad nikah telah dilangsungkan di hadapan jenazah arwah bapa tersayang dengan suasana yang sayu dan hiba. Kelihatan juga wajah Arum sangat sugul dan pada masa yang sama dia cuba gagahkan dirinya untuk meneruskan majlis.

Akad nikah depan jenazah ayah

@tinnysalonsetelah ijab Qabul…???? River Flows in You – ???

@tinnysalonini sosok Arum yg cantik yg udah berusaha bangkit….km kuat km tabah Arum…sy ambil dr status wa dia…???? original sound – King-Galau

Semoga diberi ketabahan

Video yang dikongsikan itu telah mendapat 12.2 juta tontonan dan rata-rata netizen meluahkan rasa sebak dengan nasib yang menimpa wanita ini. Mereka turut mengucapkan salam takziah dan berharap agar Arum diberi ketabahan menempuh ujian ini.

Sumber: Tinnysalon 

SKIP THIS AD ×