Baru-baru ini kecoh apabila satu muzik video yang dimuat naik ke laman sosial pada asalnya untuk mempromosikan produk menjadi bualan netizen. Ramai yang mencemuh muzik video tu katanya terlalu banyak unsur kebaratan dan tak setanding muzik video antarabangsa seperti yang diwar-warkan. Eh betul ke?
Tapi untuk kepastian sebenarnya, kami pun nampak muzik video ini agak kebaratan. Nak buat macam mana kalau dah konsep yang dipilih macam tu. So kami pun cuba senaraikan apa yang menampakkan muzik video ni ‘murahan’.
Latar masa ‘kelab malam?’
Jelmaan Marilyn Monroe yang popular zaman kegemilanganya cuba dimasukkan dalam muzik video ni, agak berhasil dengan gaya rambut Ayda Jebat yang digayakan sama seperti Marilyn Monroe tu. Kalau korang perasan konsep yang cuba dibawakan adalah sekitar tahun 50an – 60an. Cuma nak tegur, Marilyn Monroe ni pernah digelar simbol seks pada waktu kegemilangannya so agak tidak sesuai untuk kita ikut caranya. Tapi muka Ayda ada mirip Cristina A
Lirik catchy tapi…
Adat nak mempromosikan produk kena bagi impact dekat masyarakat. Kami faham dengan strategi pemasaran, kalau ikutkan dekat Malaysia perniagaan atau pengiklanan kita sangat patuh dengan syariah sehinggakan iklan deodorant pun tak boleh nak tunjuk ketiak tak kira lelaki atau wanita. Tapi macam mana pula kalau tagline dia buat orang fikir dua kali, siap buat lirik lagu lagi.
Itu terpulang kepada masyarakat sendiri, mana yang korang faham maka itulah maksud yang nak disampaikan menerusi lirik tu. tapi jangan salah faham sudah la.
Tarian yang menggiurkan, eh jangan fikir bukan-bukan
Dalam banyak-banyak musik video yang kami tengok, suka sangat tengok video ni sebab tarian dia sangat unik. Shake shake katanya maka tubuh digerakkan sikit je, macam Ayda Jebat buat tu. Selebihnya nampak macam samba waktu awal-awal video.
Props yang minimal
Nak kata minimal tak de la sangat, cuma nampak macam sangat simple tapi dapat wujudkan latar masa 50an – 60 an. Bukan nak kata yang buruk-buruk tapi ramai je production dekat luar tu props hebat-hebat tapi akhirnya ke’laut’ jua. So untuk muzik video ni nampak murah dan simple tapi berjaya. Lighting, pakaian, tempat semua cun.
Bukan setanding tapi seakan sama
So korang yang meroyan komen bukan-bukan tu jangan nak downgrade muzik video ni sangat sebab pada kami muzik video ni mahal okay. Penampilan duta-duta produk siap pengasas pun turut sama menjayakan muzik video ni. Tapi cuma kami nak tanya Ayda Jebat watak utama ka dalam muzik video ni?
Sokonglah produk tempatan kita, kalau duduk je depan komputer, depan gajet komen itu ini tak ada buat apa baik korang shake shake badan tu. Jom layan…
Video Clip Shake..Shake..U Olls
Fuyoo! Video clip Lagu Aurawhite setanding Antarabangsa tahniah.Lain dari yang lain cara pemasaran produk kecantikan ini baru cara kreatif anak muda kita. Siapa sokong anak muda kita jom share Viralkan.
Posted by AuraWhite GlutaCollagen 400000mg Rahsia Kulit Cantik & Putih on 26hb Februari 2016
Sumber: Facebook AWB