Penyanyi, Taufik Batisah tampil menyelar kenyataan segelintir lelaki yang menyifatkan peranan mereka sebagai suami adalah lebih penting berbanding isteri.
Artikel Berkaitan: ‘Hi Daddy, Awak Kat Mana?’
Tiada siapa menang atau kalah
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, selebriti kelahiran Singapura itu sama sekali tidak bersetuju dengan kenyataan ‘beras kita beli’ yang merujuk kepada dominan seorang suami dalam perkahwinan.
Saya minta maaf tetapi, saya perlu katakan tentang hal ini. Saya nampak komen, ada seorang berkata ‘kita beli beras bro’.
Rumah tangga adalah satu unit, tiada siapa yang lebih penting daripada yang lain.
Kau beli beras, pergi masak sendirilah. Kalau kau tak ada isteri, siapa yang nak masak?
Dalam nada tegas, pelantun lagu Awak Kat Mana itu berkata perhubungan hidup perlu ada kerjasama iaitu dengan tidak mengabaikan tanggungjawab masing-masing.
Jadi dalam perhubungan, apabila seseorang kalah maka tiada siapa juga yang menang kerana anda berdua adalah unit.
Ingat, bila awak fikir awak lagi penting maknanya perhubungan itu gagal. Fikir-fikirkan.
Netizen setuju
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet setuju dengan kenyataan penyanyi berusia 41 tahun itu dan berpendapat bahawa setiap pasangan perlu saling hormat-menghormati serta menghargai satu sama lain.
@taufikbatisah ‘Kita beli beras bro?’ When you’re in a relationship, you are a team. When one loses, nobody wins: No one is more important than the other. Think about it ? #taufikbatisah #relationships #marriagegoals #couplegoals #notetoself #selfreminder #marriedlife #awakkatmana #awakkatmane #fyp #fypsg #fypmy
? What Was I Made For? [From The Motion Picture “Barbie”] – Billie Eilish
Sumber: TikTok Taufik