Pelakon Adeline Tsen mencuri tumpuan ramai apabila memuat naik sebuah video dengan berpakaian bikini ketika berada di Pulau Pangkor, Perak.
Forever island girl
View this post on Instagram
Menerusi video di Instagram (IG) miliknya, Adeline mengenakan set bikini dan coli berwarna hitam dengan berlatar belakangkan pemandangan laut.
Menerusi kapsyen yang ditulis, pelakon berusia 36 tahun ini menyatakan dia seorang yang pencinta pulau.
Perkongsian itu ternyata mengundang dan sekali gus membuka ruang kepada netizen untuk melemparkan komen nakal.
Rancak netizen
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet terutama kaum lelaki mula membanjiri dengan komen nakal yang berbaur lucah.
Dalam pada itu, ada juga pengikut yang kagum dengan perubahan bentuk badan pemilik nama Adeline Anthony Primus Tsen yang makin langsing.
Pelakon daripada Kota Belud, Sabah ini menafikan dia sudah kurus gara-gara tidak makan nasi.
“Kenapa semua orang ingat orang kurus ja tak makan nasi. Awak silap saya setiap hari makan nasi,” balasnya kepada salah satu komen.
Sebelum ini, Adeline mengakui keberaniannya mengenakan pakaian seksi bukan untuk menunjuk-nunjuk sebaliknya enggan kelihatan tua.
Sumber: Instagram @adelinetsen