berita

Wanita Berbikini Ketika Memotong Kayu Buat Netizen Risau

February 4th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Pemilik Instagram, Hardwood Bunny sering membuat hantaran video memaparkan dia sedang melakukan kerja-kerja pemotongan kayu dengan hanya memakai bikini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tayang Pakai Bikini, Adeline Tsen Undang Komen Lelaki Miang

Artikel Berkaitan: Individu Pakai Bikini Di Pusat Peranginan Akan Didenda RM2.2K

Netizen tegur

Perkongsian itu membuatkan rata-rata warganet berasa risau kerana hampir kesemua videonya tidak memakai pakaian yang sesuai serta tiada peralatan keselamatan yang lengkap.

Tambah pula dengan hanya berbikini, tindakan wanita terbabit boleh mendatangkan bahaya dan kecederaan pada tubuh badan.

Apa yang anda lakukan adalah sangat bahaya. Saya mensarankan untuk anda dapatkan latihan daripada seseorang yang profesional.

Nanti saya datang singgah dan tutup peralatan anda itu. Ini soal keselamatan dahulu, kemudian barulah tentang bikini.

Namun, ada juga segelintir pengikut yang merasakan tindakan berpakaian seperti itu hanyalah semata-mata untuk mengundang perhatian.

Adakah dia benar-benar menghasilkan barangan kayu atau dia hanya berpura-pura untuk mendapatkan perhatian kerana dia berbikini?

Tidak mendiamkan diri, wanita muda dengan pengikut di Instagram seramai 380,000 ini kemudian membalas di hantaran tersebut.

Sesetengah gadis mahu menjadi kuat, rajin dan berdikari, sesetengah gadis pula mahu menjadi feminin dan bagaikan puteri untuk seseorang.

Sekadar info, tukang kayu ini juga merupakan seorang jurulatih peribadi bertauliah yang banyak menghabiskan masa lapangnya di gimnasium.

Sumber: Daily Star

SKIP THIS AD ×