Comel sungguh lihat aksi dan telatah anak kepada pasangan pelakon iaitu Hairul Azreen dan Hanis Zalikha. Pasangan adik-beradik Alisa Aisyah dan Yusuf Iskandar sering curi perhatian ramai dengan aksi bijak mereka. Geramnya, rasa macam nak cubit pipi tu…
Buat cekodok pun comel
View this post on Instagram
Di media sosial, kita boleh lihat Hanis Zalikha sering meluangkan masa bersama-sama dengan anaknya dengan melakukan pelbagai aktiviti termasuklah aktiviti memasak. Paling penting, Hanis turut mendedahkan anak-anaknya dengan kemahiran di dapur seperti membuat cekodok. Tengok aksi dua adik-beradik ni memang comel!
‘No, thank you’
View this post on Instagram
Selain didedahkan dengan kemahiran di rumah, Hanis juga kelihatan memberi makanan berkhasiat kepada mereka terutamanya buah-buahan. Video yang dikongsikan Hanis ini, memaparkan dia memberikan minuman pisang yang telah dikisar kepada Yusuf dan Alisa. Lebih mencuri tumpuan adalah gelagat comel Alisa cakap ‘No, thank you’.
Manjanya dengan abang dia
View this post on Instagram
Tidak dinafikan, kedua-dua beradik ini sangatlah manja dan suka mengusik sesama mereka. Suka pula melihat momen sebegini melihat adik-beradik bermanja bersama.
‘Mommy, help!’
View this post on Instagram
Bukan itu sahaja, Hairul Azreen juga akan menghiburkan anak-anaknya dengan aktiviti sebegini. Kelihatan agak sedikit ‘ganas’ tetapi ianya dapat membina keberanian dan keyakinan terhadap kanak-kanak di usia muda.
Support daddy dia
View this post on Instagram
Momen paling bermakna sekali apabila melihat telatah Yusuf dan Alisa menyokong ayahnya di hadapan televisyen. Hairul Azreen sebelum ini pernah menyertai program realiti, The Mask Singer Malaysia musim pertama dan memilih watak Ayam Jantan sebagai maskot dalam pertandingan. Sokongan dari keluarga sebeginilah dapat membuatkan kita lebih bersemangat.
Sumber: Hanis Zalikha