berita

[VIDEO] Telatah Pemuda Dengan Rambut Palsu ‘Naruto’ Buat Agong Tepuk Dahi

February 21st, 2023 | by Wani
Kini Trending

Keperibadian Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billal Shah amat dipandang tinggi dek kerana sifat baginda yang sentiasa disenangi rakyat.

Begitulah kisah baru-baru ini apabila terdapat individu yang mencuit hati baginda dengan gelagatnya.

Artikel Berkaitan: Gempa Bumi Turkiye & Syria: Agong & Permaisuri Zahir Ucapan Takziah, Seru Masjid Buat Solat Hajat

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pergi Memancing Buat Kali Kedua, Agong Berjaya Tangkap Siakap Seberat 3kg..Memang Power Lah!

Hulur duit untuk rambut tapi…

Menerusi hantaran individu di TikTok, baginda kelihatan sedang beramah mesra dengan sekumpulan masyarakat yang dipercayai di Pulau Tioman, Pahang.

Walau bagaimanapun, hal itu mendapat perhatian netizen apabila Sultan Abdullah dilihat menghulur sampul duit kepada seorang pemuda kerana tertarik dengan rambut yang digayakannya.

Ini untuk awak. Warnakan rambut balik.

Difahamkan, baginda berseloroh agar pemuda tersebut kembalikan warna rambutnya yang asal dengan duit yang diterima. Kemudian, pemuda tersebut meminta untuk swafoto bersama.

Tepuk dahi

@wanyoshiki

? Mutiara – Bonus Track – Mutiara

Namun begitu, apabila baginda bertanya tentang rambut pemuda itu, selamba dia menjawab bahawa ianya topi rambut palsu.

Saya kena tipu la. Saya bagi duit untuk potong rambut.

Sultan Abdullah kelihatan menepuk dahi sejurus mengetahui perkara sebenar.

Dalam video itu, riuh dengan gelak tawa daripada rakyat yang melihat baginda tertipu dengan aksi pemuda tersebut yang memakai rambut palsu watak ‘anime Naruto’.

Susulan daripada itu, baginda meminta untuk bergambar dengannya sekali lagi dek kerana telatahnya yang mencuit hati.

Sumber: TikTok @wanyoshiki

SKIP THIS AD ×