berita

Video Terima Bantuan Disalah Erti, Wan Maimunah Mohon Henti Kecam Seniman

April 17th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Terharu menerima sumbangan daripada Ustaz Sheikh Mohammad, pelakon Wan Maimunah tidak henti-henti mengucapkan syukur sambil mengalirkan air mata. Melihat kepada keadaan tersebut ramai yang bersimpati dan membuat spekulasi bahawa pihak bertanggungjawab tidak menyampaikan bantuan kepada golongan seniman.

Menerusi laporan Harian Metro, Wan Maimunah menafikan dakwaan dan mengakui sedih apabila ada pihak menghentam Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi.

Cuba dengar betul-betul

Katanya, dia berasa terkejut apabila video itu disalah erti ramai pihak dan ada segelintir yang mula menuduh Seniman tidak membuat kerja.

Saya agak kecewa apabila terima paparan skrin kecaman netizen terhadap Seniman dan persatuan-persatuan artis lain. Sebenarnya Seniman yang mula-mula sekali hantar bantuan kepada saya, seterusnya disusuli dengan Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM).

Alhamdulillah, saya dapat perhatian mereka sekali gus apa yang dikatakan itu tak betul.

Jadi, saya sangat ‘down’ dengan apa yang berlaku. Cuba dengar betul-betul apa yang saya cakap dalam video itu. Saya kata bersyukur sangat dapat lagi bantuan.

Tambah pelakon ini lagi, Seniman merupakan persatuan terawal yang mengambil berat sekaligus menghulurkan bantuan. Wan Maimunah berkata lagi, dia tahu ramai pihak menyayanginya jadi tidak eloklah sekiranya salah faham tercetus.

Takkan kena update setiap kali bantu

Ini bermakna sebelum itu sudah dapat. Takkanlah Seniman nak kena ‘update’ setiapkali beri bantuan kepada artis. Banyak lagi kerja lain yang nak dibuat.

Saya sangat berterima kasih dengan komen peminat kerana ia tanda mereka sayangkan saya. Cuma saya minta janganlah berburuk sangka kepada orang. Tak semua yang menghulurkan bantuan itu nak menghebohkan kepada orang ramai.

Pelakon drama air mata ini difahamkan tinggal di Melaka namun buat sementara waktu menumpang di rumah anak angkatnya di Kota Puteri, Batu Arang untuk memudahkan urusan shooting.

Saya amat berterima kasih kepada Ustaz Sheikh Mohammad yang bekerjasama dengan Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia (WHAM) dan rakan artis seperti Zul Yahya dan Azza Elite menghulurkan bantuan.

Syukur kerana ada yang ingat dan sayang. Ada juga hamba Allah yang kirimkan sumbangan. Juga, ada individu tak dikenali, dapat nombor saya dan hubungi ibu beritahu nak beri sedikit wang.

Namun, siapa sangka dia terpaksa berkurung di rumah sehinggalah tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×