Foto: Tangkap layar video
Berbicara soal jodoh, rezeki, dan ajal semuanya telah ditentukan oleh Allah S.W.T. sejak kita berada di dalam kandungan ibu lagi. Sebagai hambaNya kita perlu akur dan menerima dengan hati yang terbuka.
Artikel Berkaitan: Pengantin Lelaki Buat ‘Gila’, Lafaz Talak Selepas Beberapa Saat Nikahi Isteri
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tak Pernah Beri Nafkah Sejak Kahwin & Paksa Gugurkan Kandungan, Wanita Hamil 7 Bulan Rela Bercerai
Artikel Berkaitan: Kakak Meninggal Dunia Masa Majlis Kahwin, On The Spot Terus Ganti Dengan Adik Pengantin!
Seperti satu video yang tular di Indonesia, meraih perhatian ramai memaparkan seorang lelaki yang selamat disatukan bersama dua wanita dalam satu majlis. Tahniah!
Kahwin 2 sekali gus
Foto: Tangkap layar video
Menerusi video pendek yang dikongsi oleh Biru Rina di laman Instagram, memaparkan pengantin lelaki bersama dua calon pilihan hatinya sedang bersiap sedia untuk disatukan sebagai raja sehari. Difahamkan majlis tersebut diadakan secara sederhana dan berlangsung Isnin yang lalu di Kuto Lombok, Indonesia.
Pengantin lelaki itu ‘segak’ mengenakan blazer berwarna hitam dipadankan bersama kemeja dan seluar berwarna putih manakala kedua-dua pengantin wanita memakai baju warna yang sama dengan pengantin lelaki.
Semoga Sakinah Mawaddah Wa Rahmah Amiin. Majlis pernikahan di Kuta Lombok semalam viral kerana berkahwin dengan dua wanita pada masa yang sama.
Lapor media tempatan, perkahwinan ‘serentak’ itu secara tidak langsung membuatkan video itu viral dan meraih pelbagai respon daripada warganet. Bagaimanapun, pihak media masih belum dapat info lanjut berhubung majlis perkahwinan itu.
Video penuh:
View this post on Instagram