berita

[VIDEO] ‘Terima Kasih 4 Kali Hampir ‘Mati’ Melahirkan Anak Kita’ – Ustaz Ebit Lew Buat Kejutan Birthday Isteri

June 17th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Siapa yang sering mengikuti perkembangan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew di media sosial pasti tahu beliau seorang yang sangat romantik bersama isterinya.

Menerusi perkongsian video terbaru Ustaz Ebit Lew di laman Instagramnya, beliau telah meraikan sambutan hari lahir bidadarinya pada 17 Jun 2020 ( hari ini). Lebih menarik perhatian adalah ucapan ‘sweet’  yang ditujukan khas buat si isteri.

Video ulang tahun kelahiran

https://www.instagram.com/p/CBgIrhJlAfE/?utm_source=ig_web_copy_link

Menerusi perkongsian video sempena ulang tahun kelahiran isterinya, Ustaz Ebit Lew membuat ‘kejutan’ dengan memberikan sejambak bunga beserta belon dan sebiji kek. Dalam kapsyen tersebut, beliau meluahkan rasa syukur atas kurniaan seorang isteri yang sangat memahami dan sentiasa ada dengannya di waktu senang dan susah.

Kasih sayang Allah. Doa bidadari ini. Dulu abang sentiasa ada doa mak ayah. Sekarang Allah tambah beri bidadari dalam hidup abang. Masa berlalu. Entah berapa hari yang tinggal.

‘Terima kasih Allah’

Dalam pada itu, beliau turut berterima kasih atas pengorbanan isterinya bertarung nyawa melahirkan 4 orang cahaya mata mereka. Ustaz Ebit Lew turut menyifatkan isterinya langsung tidak pernah membenankan dirinya dari segala segi disamping sentiasa melakukan yang terbaik buat mereka sekeluarga.

Terima kasih Allah atas semua nikmat dalam hidup ini. Syukur Allah hadiahkan bidadari disisi menemani perjuangan ini. Rindu dapat berjuang di jalan Allah. Membantu orang miskin dan anak yatim.

‘Sweetnya ustaz’

Sumber: Ustaz Ebit Lew

SKIP THIS AD ×