Tular baru-baru ini seorang wanita berkongsi video-video kenangan bersama arwah suaminya yang difahamkan meninggal selepas dua minggu usia perkahwinan mereka.
Artikel Berkaitan: Tragedi Nahas 5 Beranak, Suami Reda – ‘Terima Kasih Allah Untuk Tempoh 24 tahun Hidup Bersama Mereka’
Artikel Berkaitan: Tragedi Sebelum Raya, Suami Isteri Maut Kereta Bertembung Dengan Bas
Suami maut kemalangan
Menerusi perkongsian di TikTok, wanita itu memuat naik video berdurasi 40 saat yang merangkumi momen indah mereka bersama.
Terima kasih sebab jadi suami saya walaupun hanya untuk dua minggu. Sedalam mana cinta dan sayang saya terhadap awak, tuhan lebih sayangkan awak sayang. Awak rehat ya, nanti saya teman awak.
Difahamkan suaminya terlibat dalam nahas kemalangan jalan raya semasa menunggang motosikal bersamanya akibat merempuh sebuah pikap yang sedang membelok.
‘Stay strong’
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sebak serta bersimpati terhadap wanita itu dan mendoakannya agar tabah dengan ujian yang diberi.
@snabybi terima kasih sebab jadi suami saya walaupun hanya untuk 2 minggu. sedalam mana cinta dan sayang saya terhadap awak, tuhan lebih sayangkan awak sayang. awak rehat ya? nanti saya teman awak
Sumber: TikTok