Pasangan selebriti, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana akhirnya mencapai kata sepakat selepas bersemuka mengenai tuntutan penceraian.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syamsul Yusof Setuju Nak Ceraikan Puteri Sarah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tak Mahu Bermusuh & Berdendam’ – Puteri Sarah
Boleh gelak bersama
Menerusi hantaran di Instagram Stories, kenalan kepada Puteri Sarah iaitu Azlina Abd Latif mendedahkan pengarah sensasi dan aktres itu telah bertemu di kediamannya, pada Ahad.
Ceritanya lebih lanjut, perbincangan antara Puteri Sarah dan Syamsul berlaku dalam keadaan tenang malah turut bergelak tawa.
Sedih pula tengok adik-adik saya dalam gambar ini. Malam tadi, mereka berbincang pun di rumah saya. Berkat ramadan, perbincangan itu tenang dan mereka boleh gelak-gelak lagi.
Terlerai sebuah ikatan kerana kejahatan seorang manusia.
Dalam pada itu, Azlina menyatakan pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berhak untuk mengejar kebahagiaan diri sendiri.
Hari ini, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan menetapkan 18 April ini untuk pengarah sensasi melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya.
Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas menetapkan tarikh itu, selepas peguam syarie yang mewakili kedua-dua pihak memaklumkan terdapat perkembangan baharu dan penyelesaian antara kedua-dua pihak.
Bagaimanapun, terma-terma penyelesaian akan dimaklumkan pada tarikh tersebut yang mana ia akan direkodkan.
Antara terma-terma penyelesaian itu ialah hadanah, nafkah anak, mutaah, nusyuz dan harta sepencarian.
Dalam prosiding hari ini, peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader mewakili Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Kamaruddin ,38, manakala peguam syarie Azmi Mohd Rais mewakili Syamsul atau Mohd Syamsul Mohd Yusof.
Terdahulu, media melaporkan sesi perdamaian antara Syamsul dan isteri pertama, Puteri Sarah melalui JKP di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI), di sini, pada 24 Mac lalu, menemui jalan buntu.
Pada 7 Mac lalu, Syamsul dan Puteri Sarah diperintahkan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil JKP dalam kes permohonan perceraian mereka.
Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.
JKP merangkumi anggota keluarga yang rapat dengan pasangan dan mereka dilantik bagi memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.
Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada 16 Januari lalu.
Puteri Sarah dilaporkan nekad memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua, awal tahun ini.
Sekadar info, Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Sumber: Instagram