berita

[VIDEO] Teruk Kena Prank Gara-Gara Muka Tugu Hodoh, Ramai Puji Aksi ‘Sporting’ David Beckham

March 13th, 2019 | by Shafika
Video Popular

Nama David Beckham tidak asing lagi dalam dunia sukan antarabangsa. Bekas pemain bola sepak Manchester United, Real Madrid, AC Milan dan beberapa kelab terkemuka dunia ini terkenal dengan skill sepakan percuma yang sering kali menerjah jaring pasukan lawan.

Pengacara, pelawak popular James Corden menerusi rancangannya The Late Late Show with James Corden. Stadium La Galaxy merancang satu prank yang menyasarkan David Beckham sebagai mangsa. Kononnya nak bagi David Beckham tengok dulu sebuah patung dirinya sebelum dipamerkan kepada orang ramai. Malangnya, tugu yang dibina sangat hodoh!

Penghargaan buat David Beckham

Video berdurasi 9 minit ini berjaya menarik perhatian netizen serata dunia. Ramai yang memuji pemain bola itu yang kelihatan tenang walaupun tugu itu hodoh. Dia juga turut dilihat melayan karenah beberapa individu yang berlakon sebagai pereka tugu tersebut.

Ini berlainan dengan tugu yang saya lihat di Chicago. Kenapa dagu makin panjang? Tengok matanya. Yang okay cuma rambut sahaja. Lihat punggung saya. Memang langsung tak sama dengan saya. Macam mana boleh jadi begini?

Nasib baik isteri dan ibu bapa saya sahaja yang akan datang tengok. Kalau anak-anak saya datang dan tengok tugu ni, mereka akan menangis.

David Beckham kelihatan sedikit terkilan dan mula menyoal orang lain mengenai rupa itu. Namun, jawapan diterima membuatkan dia sedikit berang kerana masing-masing mengatakan ianya sangat bagus. Dia juga mempersoalkan jika ia benar-benar akan dipamerkan di Stadium LA Galaxy kelak.

Menyiarkan highlight buruk

Bimbang keadaan makin tegang, James memasuki set tersebut untuk memberitahu ianya satu prank. Apa yang lucunya, video itu turut memaparkan karier hebat David Beckham di ‘Manchester City’ dengan menyiarkan highlight ‘buruk’ beliau ketika di LA Galaxy dan banyak lagi.

Walaupun begitu, David Beckham dilihat tenang sahaja dan tidak langsung marah. Memang satu idea yang bijak dan personaliti pemain bola dunia ini dipuji ramai orang.

Ramai puji personaliti David Beckham

Sumber : The Late Late Show with James Corden