berita

David Beckham Masih Simpan Tiket Tren Tertulis Nombor Telefon Victoria

July 12th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Meskipun pernah menjadi fenomena satu ketika dahulu, kisah percintaan pasangan selebriti terkenal dunia, David Beckham dan Victoria masih mekar dan menjadi perhatian meskipun kedua-dua mereka sudah pun mempunyai menantu.

Kini, pasangan terkenal itu difahamkan sudah pun menginjak ke usia 24 tahun perkahwinan.

Artikel Berkaitan: Makan Daging Punca Kontrak RM4.5 Juta Anak David Beckham Ditamatkan?

Masih simpan tiket tren

Terbaru, tularnya potongan video memaparkan Beckham yang berkongsi detik pertemuannya bersama Victoria ketika menjadi tetamu dalam satu program wawancara terkenal, Tonight Show.

Pertama kali saya bertemu dengannya, dia datang menonton perlawanan di London bersama pengurusnya.

Ketika itu Spice Girls sangat terkenal tapi saya baru saja membina karier saya pada ketika itu.

Saya akui Victoria adalah salah seorang ahli kumpulan Spice Girls yang saya minat.

Menurut Beckham, dia yang kali pertama melihat Victoria pada ketika itu tidak berkesempatan untuk berbual dengannya.

Tapi selepas seminggu, dia datang kembali ke Manchester untuk menonton perlawanan dan saya terus mengambil peluang cuba untuk dapatkan nombor telefonnya.

Kami berbual sekitar satu jam di ruang rehat pemain dan kemudian Victoria mencatatkan nombor telefonnya di tiket kereta api.

Bapa kepada empat orang anak itu kemudiannya mendedahkan sehingga ke hari ini, dia masih lagi menyimpan tiket kereta api yang mengandungi nombor telefon Victoria itu.

‘Suami setia’

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji Beckham yang dilihat begitu sayang dan setia dengan Victoria. Mereka juga mengimpikan untuk mendapat lelaki seperti Beckham sebagai pasangan hidup.

Sekadar info, Beckham dan Victoria telah melangsungkan perkahwinan mereka pada 4 Julai 1999 yang lalu dan telah mendapat perhatian media antarabangsa.

Video

@fallontonight @David Beckham shares how he met @Victoria Beckham over 20 years ago ?? #FallonFlashback #DavidBeckham #VictoriaBeckham ? original sound – FallonTonight

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×