berita

[VIDEO] ‘Tiada Rasa Iri Hati, Sharnaaz Berhak Untuk Bahagia’ – Azira Shafinaz

May 23rd, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon Azira Shafinaz tumpang gembira melihat kebahagiaan rakan seindustri iaitu Sharnaaz Ahmad dengan aktres baharu, Amelia Christie.

Artikel Berkaitan: Azira Shafinaz Masih ‘Single’, Impi Lelaki Yang Hormat Kerjayanya

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Peminat Restu Sharnaaz & Amelia, Pesan Jaga Mamu Dengan Baik – ‘Sama Cantik Sama Hensem’

Berhak untuk bahagia

Ketika ditemui OhBulan!, Azira, berkata Sharnaaz berhak untuk hidup bahagia dan sebagai bapa tunggal semestinya berkeinginan untuk membina keluarga baharu.

Azira atau nama sebenarnya Azira Shafinaz Ramlan mendoakan yang terbaik buat bapa kepada Jebat Jayden Ahmad.

Dengan siapapun dia keluar atau berkawan, saya rasa dia berhak untuk bahagia. Saya doa yang terbaik buat dia.

Dia pun seorang ayah dan semestinya, dia ada impian bina keluarga baharu sendiri.

Azira berkata demikian ketika lawatan media ke set penggambaran filem terbaharu Syerif di Lapangan Terbang Lama, Sungai Besi, pada Isnin.

Kami hanya berkawan!

@ohbulanofficial Pelakon Azira Shafinaz tumpang gembira melihat kebahagiaan rakan seindustri iaitu Sharnaaz Ahmad. #ohbulan #sembangentertainment #azirashafinaz #tumpang #gembira #sharnaazahmad ? original sound – OHBULAN!

Dalam pada itu, aktres berumur 32 tahun menekankan tidak timbul perasaan iri hati melihat hubungan rapat Sharnaaz dengan Amelia.

Saya tengok video itu yang mereka pergi malam gala Polis EVO 3 bersama. Okey dan itu bagus buat mereka.

Saya pun tiada rasa iri hati pun. Saya dengan Sharnaaz pun sekadar berkawan. Sebab itu saya selalu rasa kelakar sebab sejujurnya, saya bukan jenis nak sibuk pasal hal orang. Kalau dia ada teman wanita baharu pun, saya okey.

Sebelum ini, timbul gosip yang mendakwa Sharnaaz dan Azira sedang bercinta selepas aktor itu memuat naik foto memeluk bahu aktres di IG Stories. Selain itu, mereka juga kelihatan mesra dan saling berbalas komen dalam media sosial masing-masing.

SKIP THIS AD ×