Personaliti TV3 iaitu Ahmad Fedtri Yahya antara pengacara yang cukup dikenali menerusi program Malaysia Hari Ini, Jejak Rasul dan sebagainya. Ke mana sahaja dia pergi, pasti ada yang mengenalinya termasuk juga seorang makcik ini. Siap bawa keropok lekor lagi ketika Fedtri Yahya sedang menjalankan penggambaran.
Akhlak orang kampung
Akhlak orang kampung. Berbudi bahasa. Kata makcik ni: Rezeki Allah bagi dah, siapa yang tukang agihkan tu je kita tahu siapa…
Alhamdulillah?
Rezeki krew untuk hari ni pic.twitter.com/HnrVWu9yNc— Fedtri Yahya?? (@fedtriyahya) November 15, 2020
Video yang dikongsikan menerusi laman Twitter Fedtri Yahya itu telah meraih 7.2k retweet dan rata-rata mendoakan kesejahteraan buat makcik berusia 60an tersebut.
Difahamkan, personaliti TV3 itu sedang menjalankan penggambaran di sekitar kawasan negeri Terengganu. Seorang makcik menghampiri krew produksi sambil membawa dua mangkuk hidangan berisi keropok lekor. Tambahnya, dia menyukai Fedtri Yahya dan sering menonton di MHI setiap pagi. Sifat dan akhlak makcik itu bagaimanapun turut dipuji orang ramai.
Makcik suka orang datang ke rumah kita. Kalau orang saja-saja nak datang ke rumah kita, nak minum air.. makcik suka…
Sedihnya…
Sementara itu, netizen turut meluahkan rasa rindu dan terkenangkan ibu masing-masing. Malah, tidak dinafikan orang kampung sedemikian sememangnya baik hati dan pemurah. Selalu juga memberikan makanan kepada sesiapa sahaja yang sedang bekerja berhampiran kediaman mereka.
Sumber: Fedtri Yahya