Tular baru-baru ini, sebuah video seorang lelaki berkongsi tabiat pemakanan tidak sihat sehingga kaki terpaksa dipotong.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wanita Maut Ketika Sertai Acara Lari Dalam Guni
Penghidap diabetes
Menurut lelaki yang dikenali sebagai Azlan, dia memaklumkan bahawa dirinya menghidap penyakit diabetes atau kencing manis sejak lebih 30 tahun. Namun, penyakit tersebut semakin kronik ketika usianya mencecah 45 tahun yang berpunca disebabkan pemakanan tidak teratur.
Punca dia mula ketara bila umur kita naik 45 tahun ke atas. Mula pingganglah dia, jantung lah. Masa umur 30 an dia tak ada.
Kata Azlan, tabiat pemakanannya yang tidak mengawal pengambilan minuman teh tarik tanpa mengira waktu menyebabkan dia ‘hilang’ kaki kanan.
Abang ini minat teh tarik. Pagi petang siang malam, minum teh tarik dan teh ais. Dari zaman muda banyak minum air tin lah. Makan tak menentu. Tapi teh ni.. dalam kereta memang sentiasa ada.
Doktor kata sebab pemakanan, makan tak jaga. Bukan semestinya kita makan manis saja. Tak jaga makan, tak ikut masa makan, ikut masa kita ja.
Dalam video tersebut, Azlan juga memberi nasihat kepada orang ramai untuk menjaga pemakanan dan dapatkan rawatan doktor dengan segera sebelum melarat.
Sumber: TikTok