berita

Video Tiktok Ragam Pelajar Baru Masuk Universiti Syed Saddiq Curi Tumpuan

August 20th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Siapa di sini yang mengikuti video-video TikTok di akaun Syed Saddiq? Ahli Parlimen Muar, Johor ini mula aktif sejak beberapa bulan dulu dengan menghasilkan banyak video kreatif dan menarik di aplikasi TikTok.

Lebih menarik lagi, Syed Saddiq menghiburkan ramai pengguna laman sosial dengan video ragam pelajar memasuki institusi pengajian tinggi. Memandangkan akan ramai bakal graduan yang layak memasuki universiti awam setelah mengetahui keputusan UPU.

Hasilkan video kreatif dan menarik

Untuk pengetahuan anda, Syed Saddiq sudah memuatnaik 15 video kreatif di aplikasi TikTok. Antara pengisian video tersebut adalah berkenaan pelancongan, tempat menarik dan makanan sihat untuk pengikut semua. TikTok akaun rasmi Syed Saddiq sudah memliki lebih 160.5 ribu pengikut tersendiri.

Jenis pelajar universiti

Terbaru, Syed Saddiq telah memuatnaik video memaparkan empat jenis ragam pelajar yang bakal memasuki IPTA tidak lama lagi. Antara ragam pelajar yang dilakonkannya ialah The Jock, seorang yang akan aktif bersukan.

Ragam kedua ialah The Bookworm, ulat buku yang sentiasa memberi tumpuan di dalam kelas. Manakala, ragam ketiga adalah The Wide Eyes, seorang yang akan meninjau sekitar institusi dan terakhir ialah The Unwilling Student, seorang pelajar yang akan buat hal sendiri.

Bagaimanapun, Syed Saddiq juga meninggalkan pesan kepada bakal mahasiswa dan mahasiswi untuk sentiasa mencapai impian diri sendiri dan banggakan ibu bapa.

Bertambah semangat nak study

Rata-rata pengguna media sosial dan pengikut memberi respon positif terhadap video yang dihasilkan Syed Saddiq. Secara tidak langsung, video yang dihasilkan ini memberi inspirasi dan semangat buat pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran mereka di peringkat seterusnya.

Sumber: Syed Saddiq

SKIP THIS AD ×