berita

[VIDEO] Shila Amzah Sah Milik Ubai Dengan Sekali Lafaz, Terima Mas Kahwin RM20 Ribu

August 5th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Shila Ubai Nikah

Penyanyi Shila Amzah dan personaliti media sosial Ubai MZ selamat disatukan sebagai suami isteri tepat pada pukul 10.28 pagi Sabtu.

Artikel Berkaitan: ‘Baju Untuk Majlis Dah Beli, Cantik Sangat Mak Pakai’ – Ubai MZ

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Akhirnya Sha Setuju. Terima Kasih Buat Semua Yang Mendoakan’

Artikel Berkaitan: ‘Terima Kasih Cinta, Saya Akan Sentiasa Mencintai Awak’- Ubai

Sekali lafaz

Shila Ubai Nikah

Pasangan itu dinikahkan oleh Ustaz Haji Mohamad Khairi Husin dan berwalikan bapa Shila, Amir Amzah Salleh, 62, atau lebih dikenali sebagai ND Lala dalam sebuah majlis yang berlangsung di Boathouse, Ampang.

Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Hamzah, 32, memakai baju berona putih telah menerima mas kahwin sebanyak RM20,000.

Dalam pada itu, pelantun lagu Selamanya Cinta ini menerima tujuh dulang hantaran dan berbalas lima dulang kepada pengantin lelaki.

Masih dalam keadaan berduka kerana baru kehilangan ibu tercinta, Ubai, 25, dilihat menangis kesyukuran dan tersenyum seusai selesai majlis akad nikah.

Majlis pernikahan bertemakan serba putih ini ini turut dihadiri keluarga terdekat dan sahabat-sahabat selebriti antaranya Jihan Muse, Marsha Milan, Amylea Azizan, Fara Fauzana dan Zara Zya.

Terdahulu, pada Ahad, Allahyarham Rohani Jamal, 52, meninggal dunia pada jam 6.45 petang di PPUM akibat kanser ovari.

Untuk rekod, Ubai dan Shila sebelum ini mengikat tali pertunangan pada 27 Mei lalu dalam satu majlis tertutup.

Sekadar info, Shila pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada 2018 namun bercerai tahun lalu. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Seth Uwais, 4.

Sumber: YouTube Shila Amzah

@ohbulanofficial

Tahniah diucapkan buat Shila Amzah dan Ubai. Moga kesedihan diganti dengan seribu kebahagiaan ? #ohbulan #sembangenterteinment #shilaamzah #ubai #nikah #tema #putih

? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

SKIP THIS AD ×